Isu gangguan bekalan air : Pemuda PAS Pahang masih terperuk di dalam gua
Gangguan bekalan air ketika musim perayaan Aidilfitri sekali lagi dijadikan isu untuk disajikan di media sosial menerusi kenyataan media yang dimuatnaik oleh Pemuda PAS Pahang semalam. Agaknya mereka kepanasan apabila kebanyakan berita yang berligar samada arus perdana ataupun di media sosial berkisar tentang betapa serius dan kritikalnya masalah gangguan bekalan air di negeri yang ditadbir oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah.
Ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengalih tumpuan masyarakat tentang ketidakupayaan Kerajaan Negeri PAS Kelantan dan Kedah dalam mengurus tadbir isu gangguan bekalan air yang mencacatkan sambutan perayaan Aidilfitri. Apatah lagi kemarahan anak rantau yang keletihan terperangkap dalam kesesakan jalanraya terpaksa pula berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air. Apakah masalah bekalan air di Kelantan dan Kedah juga merupakan hadiah Aidilfitri kepada rakyat oleh MB Kelantan dan MB Kedah sebagaimana dakwaan Pemuda PAS Pahang terhadap MB Pahang?
Mempolitikkan isu gangguan bekalan air ketika musim perayaan perlu mendalami dan memahami bukan melontarkan kritikan sombrono. Tidak salah menyampaikan rintihan rakyat dan Kerajaan Negeri Pahang juga tidak akan terperangkap dengan budaya “denial syndrome”. Tidak kedengaran pula secara jelas wakil rakyat PAS yang mengeluarkan kenyataan sebagaimana Pemuda PAS Pahang. Kenapa? Kerana mereka telah diberi penerangan oleh YAB MB Pahang terutama di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang.
Apakah Pemuda PAS Pahang memahami istilah NRW, CAPEX DAN OPEX, LRA, NTU dan AC PIPE? Apakah Pemuda PAS Pahang sudah membaca dan memahami buku yang diedarkan kepada wakil rakyat PAS berkaitan pelan jangkamasa pendek dan panjang oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) tentang apa yang telah, sedang dan akan dilakukan untuk mengatasi masalah bekalan air di Pahang?
Fenomena El Nino
Jika sikap pemalas Pemuda PAS Pahang membaca sekalipun, sebagai manusia dikurniakan akal dan merasai kesan perubahan iklim. Melainkan Pemuda PAS masih tinggal di dalam gua yang tidak menyedari musim kemarau yang panjang akibat fenomena El Nino menyebabkan kawasan tadahan air dan sungai menjadi kering memberikan masalah kepada Loji Rawatan Air untuk merawat air.
Tenaga Elektrik
Ketika musim perayaan ratusan ribu anak rantau pulang ke kampung halaman. Sudah tentu penggunaan elektrik domestik akan meningkat secara mendadak dan dalam masa yang sama tenaga elektrik di sesuatu kawasan melebihi had pada hari hari biasa. Bekalan elektrik ke Loji Rawatan Air akan terputus menyebabkan air tidak dapat di proses(di rawat).
Seandainya bekalan elektrk pulih sekalipun, ia akan mengambil masa yang lama (bergantung kepada jajaran paip dari LRA dan mukabumi serta jumlah tangki) untuk kesemua kawasan menerima bekalan air bersih terutama di hujung kawasan jajaran paip dari LRA)
Tidak seperti gangguan bekalan elektrik, siap sahaja di baikpulih petik di dinding suiz akan terus menyala lampu di syiling.
Oh! ..barangkali Pemuda PAS Pahang tinggal di dalam gua yang banyak bergantung kepada telaga tiub di dalam gua dan unggun api.
Keluasan Negeri
Pahang merupakan negeri paling luas di Semenanjung maka jumlah Loji Rawatan Air (LRA) juga jauh mengatasi negeri negeri lain di Malaysia.
Johor - 36
Kedah - 35
Kelantan - 41
Labuan - 6
Melaka - 12
Negeri Sembilan - 21
Pulau Pinang - 9
Pahang - 74
Perak - 46
Perlis - 4
Selangor - 34
Terengganu – 16
Mengurus 74 LRA memerlukan kos operasi yang tinggi dan Pahang mengatasi negeri negeri lain . ianya tidak semudah PAS menguruskan sekolah PASTI yang hanya perlu membayar kos operasi yang rendah dengan tidak mencarum KWSP guru guru mereka selain gaji yang di bayar di bawah gaji minima.
Analogi mudahnya Pahang mempunya 11 daerah dan daerah Rompin sahaja sama besarnya keluasan negeri Melaka di gabungkan dengan Negeri Sembilan. Panjang jajaran paip air jika di sambung seluruh Pahang adalah sejauh14,000 kilometer, kira kita boleh pergi ke London dari Kuantan dimana 40 peratus paip air di Pahang masih menggunakan paip asbestos cement (AC) yang sudah usang yang mengakibatkan jumlah Non Revenue Water (NRW) atau Air Tidak Terhasil tinggi.
LRA tidak boleh menaikkan tekanan untuk menyalurkan air kerana banyak paip AC yang sudah berusia puluhan tahun akan pecah. Selain itu banyak berlaku kebocoran bawah tanah kerana paip AC yang usang yang kita kelaskan sebagai NRW menyebabkan tekanan air rendah di beberapa kawasan tertentu.
Jika di tambah dengan permintaan tinggi air musim perayaan maka tentunya akan menambah lagi masalah . Kos untuk penggantian paip air dan menaiktaraf Loji Rawatan Air adalah tinggi dan Pahang memerlukan sekitar RM 2.3 billion untuk tujuan tersebut. YAB MB Pahang telah pun bertemu dangan YAB PM bagi menyelesaikan isu berkaitan.
https://www.malaysiakini.com/news/692570
YAB Menteri Besar Pahang tidak berpeluk tubuh dan tentu sekali mendengar rintihan mahupun keluhan rakyat di kawasan yang sering berlaku gangguan bekalan air. Sila lihat
https://pahangmedia.my/sidang-dun-93-projek-bekalan-air-pahang-2021-2026-telah-siap-dibina/
Pemuda PAS Pahang harus belajar menjadi matang dan rasional serta tidak terperuk di dalam gua. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahin Tuan Man ADUN Cheka ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang sendiri tidak mengkkritik membabi buta pentadbiran Kerajaan negeri Pahan. Ini kerana pengalaman selaku Menteri KASA mengubah cara berfikir dari ahli politik jalanan kepada pentadbir yang dipilih untk menyelesaikan permasalahan yang kompleks secara tuntas.
Jika benar PAS ada tongkat sakti pastinya tidak akan kedengaran lagi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Kedah yang jauh lebih kritikal berbanding Pahang.
Pemuda PAS Pahang perlu belajar bersikap rasional dengan tidak mempolitikkan apa yang tidak sepatutnya hanya sekadar untuk menonjolkan diri sebagai calon pilihanraya. Jadilah pembangkang yang yang konstruktif, bukan destruktif.
Panas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











