Badan kanak-kanak terbakar hampir seluruh badan, dipanah petir

Oleh : PAHANGKU
Disember 5, 2023 - 08:44 MYT
Badan kanak-kanak terbakar hampir seluruh badan, dipanah petir
Gambar Hiasan

KANGAR: Dua beranak cedera selepas dipanah petir dalam kejadian di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di sini jam 7 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa Nor Lelawati Abu Bakar, 39, keluar dari rumahnya untuk mengambil anaknya, Muhamad Azizul Jaafar, 8, pulang dari rumah jirannya dan ketika itu hujan.

"Ketika kedua-dua beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah, terdengar dentuman kuat di langit sebelum kedua-duanya dipanah petir.

"Berikutan kejadian itu, Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan, manakala Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.

"Mangsa ditemui jiran dan kedua-dua beranak itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan pakar kulit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kejadian masih dalam siasatan. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow