Bahaya penunggang agama

Oleh : ANAK CILI
November 23, 2023 - 20:07 MYT
Bahaya penunggang agama

Apabila isu #3R sering diperkatakan yang melibatkan race , relegion dan royale berbagai respon yang mengecam pihak berkuasa dengan alasan alasan yang lebih bersandarkan kepentingan politik kepartian tanpa melihat kepada kemaslahatan kepada masyarakat dan sikap tanggungjawab dikalangan rakyat.

Sikap tabayyun dalam membuat apa apa kesimpulan menjadi menipis sekalipun serban di kepala makin tebal lilitannya. Begitu sukar untuk husnuzon sesama Islam hanya kerana berlainan ideologi politik sentiasa menjadi api dalam sekam perpaduan ummah di Malaysia.

Sebagai contoh terbaru bagaimana  Kuliah Magrib Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 29 November 2023 bertempat di Masjid Sri Maulana Pekan Pahang telah dibatalkan. Maka poster pembatalan tersebut telah tersebar lah di media sosial . Akibat tanpa usul periksa punca pembatalan , maka kecaman bersifat politik kepartian yang memenuhi ruangan komen.

Para pentaksub dan jemaah walaun mula membakar api kebencian dengan menjadikan agama sebagai modal politik mereka. Lantas mengaitkan pula dengan Sambutan Jubli Emas Stadium Darul Makmur yang kononnya menyajikan konsert artis punca pembatalan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus.

Walhal konsert artis tersebut hanyalah antara acara yang di adakan sempena Sambutan Jubli Emas Stadium Darul Makmur.Tidak pula di sebut akan ceramah agama yang menjemput Ustaz Dato’ Hj Badu Shah bin Hj Alauddin, Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim dan Ustaz Mohd Hariri bin Hj Mohd Daud yang akan mengumpas tajuk Air Mata Palestin: Ujian Umat Akhir Zaman pada 23 November 2023 (Khamis), jam 8.00 malam di Stadium Darul Makmur.

Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah pembatalan Kuliah Maghrib Ustaz Azahar Idrus di Masjid Sri Maulana Pekan tetapi lokasi yang terpaksa di tukar lokasi ke Masjid Pulau Serai  Pekan kerana keadaan cuaca semasa yang tidak menentu serta kekurangan ruang serta berlaku kebocoran jika hujan lebat di lokasi asal. Kuliah Maghrib tersebut tetap diadakan pada Rabu 29hb November 2023.

Ini antara contoh bagaimana masyarakat Islam yang lahir dari jemaah yang ditarbiyah dengan ketaksuban politik dengan menunggang agama.

Penunggang agama menjadikan agama sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik, dengan antara lain meletakkan nas agama bukan pada tempatnya, menyelewengkan nas agama daripada maksud asalnya, menempel diri sendiri dan kumpulannya kepada nas-nas yang muluk dan indah, serta menggunakan nas-nas berbentuk ancaman terhadap kumpulan yang berseteru dengannya.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow