Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Oleh : PAHANGKU
Mei 17, 2024 - 10:02 MYT
Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut
Suasana di luar lokasi kejadian dua anggota polis ditembak,satu cedera dan seorang suspek ditembak di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Dua anggota polis maut manakala seorang anggota mengalami kecederaan dalam kejadian serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam kejadian itu suspek turut ditembak mati di tempat kejadian.

Menurutnya, anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

"Pihak kita sesal dengan kejadian yang berlaku. Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditembak.

"Siasatan lanjut dijalankan polis," katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi hari ini apabila suspek seorang lelaki bangsa tidak dikenalpasti yang bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow