Baucar ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ Ringankan Beban Keluarga Felda di DUN Dong

Oleh : BARD
Januari 6, 2026 - 11:00 MYT
Baucar ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ Ringankan Beban Keluarga Felda di DUN Dong

Program Baucar Jom Kembali Ke Sekolah Peringkat DUN Dong anjuran Sekretariat Muafakat Felda Pahang terus membawa senyuman kepada pelajar yatim dan keluarga miskin tegar dari Felda Krau 1 dan Felda Lembah Klau.

Dalam program itu, YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, EXCO Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Dong, hadir menyampaikan baucar kepada setiap pelajar bagi membantu mereka mendapatkan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam, beg, kasut, alat tulis dan pelbagai kelengkapan lain.

Melalui inisiatif ini, setiap pelajar menerima baucar bernilai RM150 bagi membeli keperluan sekolah seperti pakaian, beg, kasut, alat tulis dan lain-lain peralatan asas. Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan ibu bapa, tetapi turut memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan selesa.

Program ini juga mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesejahteraan masyarakat Felda. Setinggi penghargaan dirakamkan kepada YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, atas sokongan dan komitmen beliau dalam memastikan kebajikan pelajar terus diberi keutamaan.

Inisiatif sebegini diharap terus diperluaskan agar lebih ramai pelajar yang memerlukan dapat menerima manfaat, sekaligus membina masa depan pendidikan yang lebih cerah untuk generasi muda Pahang.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow