Hadi jangan jadikan agama macam belacan - Mahfuz

Oleh : ANAK CILI
Disember 17, 2023 - 20:00 MYT

Penulisan Abdul Hadi itu disiarkan dalam Minda Presiden Pas bertajuk 'Cara orang munafik menentang Islam diikuti Israel dan PH' disiarkan di laman Facebook Pas baru baru ini adalah sangat keterlaluan.

https://harakahdaily.net/index.php/2023/12/06/cara-golongan-munafiq-menentang-islam-diikuti-israel-dan-pakatan-harapan/

Ianya satu lagi pembuktian bahawa Hadi lebih berminat menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam dengan menyamakan mereka yang tidak sefahaman dengan dalam sebagai munafik dan paling jijik menyamakan dengan Israel sebagaimana  yang dijelaskan oleh Mahfuz Omar . 

"Jangan jadikan agama macam belacan, cencaluk budu dengan menjadikan quran dan hadis sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli di mana mana " , ujar Mhfuz Omar seorang ahli politik yang berpengalaman lama berada di dalam PAS suatu ketika dahulu.

PAS tidak lagi boleh mendabik dada dengan merasakan kononya perjuangan mereka membawa perjuangan Islam dimana hakikatnya ramai pemimpin utama dan aktivis PAS berbondong bondong  meninggalkan PAS terutama menyertai Parti Amanah.

Kenyataan Hadi Awang hanyalah disebabkan soal peruntukan pembangunan yang tidak diberikan oleh Kerajaan Perpaduan kepada Ahli Parlimen mereka. Lantaran itu menggelar Kerajaan sebagai munafik dan disamakan dengan Israel.

Walhal , Hadi juga pernah berada dalam Kerajaan  Langkah Sheraton dimana Perdana Menteri ketika itu Muhyidin Yasin juga tidak memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Pernah terdengarkah mana mana pemimpin Islam di kalangan pembangkang ketika itu menyamakan Kerajaan pimpinan Muhyidin Yasin dengan Israel?

Tidak munafik dan tidak boleh disamakan dengan Israel jika PAS berada dalam Kerajaan pimpinan Muhyidin ? Apakah fatwa Hadi yang kononnya di gelar Tok Guru boleh berubah ubah mengikut selera politik.

Islam bukan barangan dagangan politik. Mana mana ahli politik boleh sahaja mempromosikan diri dan parti asalkan jangan mencemarkan agama Islam dan mendakwa hanya mereka jemaah yang telah menjaga agama.

Ada ramai ilmuan agama , mufti dan Tok Guru yang ilmunya jauh lebih tinggi dari Hadi Awang tapi tidak pernah pula mereka menyamakan kerajaan sekarang sama dengan Israel.

Dah nyanyuk barangkali Hadi Awang ?

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow