Hadi tolak damai dengan Anwar

Oleh : ANAK CILI
Disember 20, 2023 - 13:19 MYT
Hadi tolak damai dengan Anwar
hadi tolah usaha damai Ikwanul Muslimin dari Qatar untk dipertemukan dengan Anwar

Kedamaian politik antara Hadi dan Anwar dilihat hampir mustahil jika bersandarkan  tindak tanduk Hadi  sejurus  selepas keputusan pilihanraya ke 15. Umumnya walaupun politik adalah berkisar tentang perebutan kuasa tetapi usaha kearah perdamaian politik selepas keputusan pilihanraya sering berlaku dimana mana negara untuk kepentingan negara.

Namun Hadi dilihat lebih suka menjarakkan diri dari meredakan suhu politik sekalipun pernah melaungkan slogan “politik matang”. Kedegilan Hadi untuk berdamai dengan Anwar adalah modal politik beliau dengan memainkan sentimen agama dan bangsa demi kelangsungan politik beliau.
 
Keharmornian politik jika wujud hanya akan melemahkan pengaruh Hadi apatah lagi PN memiliki kerusi Parlimen yang bagi mereka kononnya menggerunkan kerajaan. Terbaru usaha untuk mempertemukah Hadi dan Anwar yang diusahakan oleh Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan Islam yang berpengaruh telah gagal kerana sikap Hadi yang menolak kedamaian antara dua pemimpin kelompok Melayu Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jika wujud pertemuan diantara mereka berdua dan tiada lagi serangan politik oleh Hadi terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar yang bersifat perkauman dan menggunakan agama , ianya merugikan PN terutama PAS untuk terus memenangi hati pengundi Melayu Islam.
Hadi hanya menggunakan helah apabila berdamai sebagaimana PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dan UMNO melalui Muafakat Nasional untuk mendapatkan undi  .

Damai bagi Hadi adalah seperti menanam batu nisan politik dan negara akan terus dibelengu dengan politik kebencian, fitnah, perkauman dan menunggang agama. 

Di kala pemimpin parti utama di Malaysia sudah bersilih ganti PAS masih lagi mengekalkan Hadi sebagai Presiden sejak 2005, PAS ketandusan pemimpin dan terus di teraju oleh generasi lama yang tebal sikap perkauman dan menunggang agama untuk terus relevan dalam persada politik tanahair.

Islam versi Hadi tiada istilah damai?

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow