Israel Perlu Hormati Pelan Gencatan Senjata Gaza Di Persetujui Hamas

Oleh : BARD
Oktober 10, 2025 - 09:00 MYT
Israel Perlu Hormati Pelan Gencatan Senjata Gaza Di Persetujui Hamas

Israel perlu menghormati pelan gencatan senjata Gaza dengan menghentikan serangan serta segera membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan susulan persetujuan Hamas terhadap fasa pertama pelan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghargai persetujuan itu dan yakin Hamas akan meneliti dengan lebih lanjut beberapa perkara yang masih perlu diperincikan bagi memuktamadkan gencatan senjata berkenaan.

“Namun yang paling penting ialah peperangan, penindasan, kebuluran dan kematian akibat penyakit yang berpunca daripada konflik ini mesti dihentikan. Yang utama, Gaza dan Palestin perlu diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa Israel perlu membebaskan semua tahanan Global Sumud Flotilla (GSF) yang masih ditahan, selain belajar menghormati suara masyarakat antarabangsa yang secara jelas mengecam tindakan rejim itu terhadap rakyat di Tebing Barat.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Israel dan Hamas sudah menandatangani fasa pertama perjanjian damai Gaza yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat, membenarkan pembebasan semua tebusan Israel.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow