Akhirnya…. PAS Akui Kerajaan Negeri Pahang Pimpinan Wan Rosdy Islamik

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andasura Rabu yang menafikan PAS tidak pernah menggelar kerajaan negeri Pahang pimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sebagai “tidak Islamik” sebenarnya satu pengakuan besar bahawa Pahang di bawah pimpinan beliau sememangnya mentadbir dengan nilai dan dasar Islam secara menyeluruh.
Selama ini, PAS sering mempermainkan naratif bahawa hanya parti mereka yang memperjuangkan Islam, manakala kerajaan negeri lain khususnya yang tidak ditadbir mereka dianggap lemah dalam hal agama.
Kepimpinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah membuktikan bahawa Pahang adalah negeri yang makmur dan Islamik tanpa perlu menjerit-jerit nama Islam seperti PAS.
Walaupun PAS sering melaungkan negeri yang mereka tadbir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis negeri yang berteraskan Islamik, namun, itu hanyalah sebagai topeng untuk mengamburi rakyat khususnya orang Islam dan Melayu.
Sebelum Pilihan Raya, mereka berjanji untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi selepas mereka berjaya menguasai negeri, adakah hukum hudud telah dilaksanakan secara menyeluruh? Inilah PAS, mereka berjanji demi kelangsungan politik mereka.
Lihatlah cara kerajaan negeri yang digelar Islamik, banyak isu-isu sosial telah berlaku tanpa ada sebarang pengawalan. Isu pil kuda, isu dadah, isu rogol, isu pesta gay tidak dapat dikawal sepenuhnya. Ini memberi gambaran jelas, pentadbiran Islam yang mereka laungkan telah gagal. Apa guna negeri Islam tapi isu sosial berlaku di negeri mereka?
Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan bantuan kepada sekolah tahfiz, pondok, dan institusi pendidikan Islam, di samping memperkasakan Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebagai teras keadilan Islam di peringkat negeri. Semua ini membuktikan bahawa Islam di Pahang bukan sekadar slogan politik, tetapi diterjemahkan melalui dasar, tindakan dan keikhlasan dalam pentadbiran.
Jika ukuran Islamik itu diambil daripada prinsip kebajikan, keadilan dan kesejahteraan rakyat, maka jelas Pahang telah lama menzahirkan pentadbiran Islam yang sebenar tidak ekstrem, tidak jumud, dan sentiasa membawa manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
Setelah bertahun-tahun mendakwa kononnya hanya PAS membawa panji Islam, akhirnya pemimpin mereka sendiri menafikan tuduhan terhadap kerajaan negeri Pahang.
Ia ibarat lidah yang berbalik menggigit diri, menzahirkan bahawa Islam bukan milik mana-mana parti, apatah lagi parti yang sering menjadikan agama sebagai modal politik.
Akhirnya, pengakuan pemimpin PAS itu menjadi noktah kepada propaganda lama mereka. Islam bukan hak eksklusif PAS.
Apa Reaksi Anda?






