JELAJAH ASPIRASI PAHANG1ST: DEKATKAN KERAJAAN DENGAN RAKYAT
Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB. Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi membuktikan komitmen tulus mereka kepada rakyat melalui program Jelajah Aspirasi Pahang1st.
Jelajah ini bukan sekadar program rasmi atau gimik politik bermusim. Ia membawa makna yang jauh lebih mendalam. Ia adalah wadah mendekatkan kerajaan dengan rakyat, ruang untuk mendengar secara langsung denyut nadi masyarakat, serta peluang menyelesaikan permasalahan rakyat mengikut keutamaan jangka pendek, sederhana dan panjang.
Dalam erti kata lain, pemimpin Pahang tidak sekadar duduk di atas kerusi empuk pejabat kerajaan, tetapi turun padang, menatap wajah rakyat, mendengar keluhan mereka tanpa perantara. Inilah wajah sebenar sebuah kerajaan yang berkhidmat.
Melalui siri jelajah ini, pelbagai isu diketengahkan. Ada yang membabitkan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik. Kebajikan Orang Asli, isu sosioekonomi seperti peluang pekerjaan, sokongan kepada peniaga kecil, serta bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan. Tidak ketinggalan juga isu kebajikan rakyat marhaen seperti perumahan mampu milik, pendidikan ,dan bantuan kesihatan.
Kerajaan Negeri tidak sekadar mendengar, tetapi turut menyediakan mekanisme untuk bertindak. Itulah yang membezakan kepimpinan yang berfungsi dengan parti politik yang hanya pandai berjanji tetapi gagal melunaskannya.
Jelajah Aspirasi Pahang1st adalah satu bukti jelas bahawa pentadbiran negeri di bawah YAB. MB Wan Rosdy amat serius menjadikan Pahang negeri yang membangun secara seimbang, dengan rakyat sebagai fokus utama.
Jika dibandingkan dengan gaya politik PAS, beza ibarat langit dan bumi. PAS lebih gemar hidup dalam dunia retorik. berceramah penuh emoso di pentas terbuka, meniip api sentimen agama dan kaum, menanam rasa benci dan curiga dalam masyarakat.
Tetapi apabila tiba di Dewan Undangan Negeri tempat sebenar untuk memperjuangkan rakyat PAS tiba-tiba menikus. Tidak ada cadangan bernas, tidak ada solusi konkrit, hanya diam seribu bahasa. Hanya cadangan yang merapu seperti komersialkan ikan baung merah.
Rakyat boleh menilai sendiri parti yang katanya “membawa Islam” ini hanya berani melaungkan “syurga-neraka” di pentas ceramah, tetapi gagal mengangkat isu rakyat secara profesional dalam sidang Dewan. Apa gunanya? Rakyat tidak kenyang dengan ceramah. Jalan raya tidak berturap dengan doa politik. Rumah tidak terbina dengan retorik. Peluang pekerjaan tidak datang dengan label-label kafir atau munafik yang PAS begitu ghairah taburkan.
PAS boleh berbangga dengan kehadiran ramai di ceramah mereka, tetapi rakyat semakin sedar bahawa laungan mereka tidak menjanjikan perubahan hidup yang lebih baik.
Jelajah Aspirasi Pahang1st membuktikan bahawa kepimpinan negeri yang dipacu oleh YAB. MB Wan Rosdy adalah kepimpinan yang matang, berpandangan jauh dan paling penting, berjiwa rakyat.
Sementara PAS masih terperangkap dalam lingkaran politik kebencian dan retorik agama yang sempit, Kerajaan Negeri terus mara dengan agenda pembangunan dan kebajikan yang memberi manfaat nyata.
Apa Reaksi Anda?











