Kemunculan bebola api misteri cetus tanda tanya

Oleh : BARD
Ogos 21, 2025 - 12:00 MYT
Kemunculan bebola api misteri cetus tanda tanya

Bebola api yang melintasi ruang udara menggemparkan penduduk setempat.

Rakaman video dan imej kejadian misteri yang berlaku di barat Jepun sejurus selepas jam 11 malam (waktu tempatan) pada Selasa itu turut menjadi tular di media sosial hingga ada yang mengaitkannya dengan 'pencerobohan makhluk asing'.

"Saya amat terkejut kerana tidak pernah melihat cahaya putih seperti itu. Ia sangat terang dan boleh dilihat dengan jelas," kata Yoshihiko Hamahata yang memandu di wilayah Miyazaki ketika insiden tersebut berlaku.

Pakar bagaimanapun mendakwa ia merupakan fenomena semula jadi.

Ketua Muzium Angkasa Sendai di wilayah Kagoshima, Toshihisa Maeda berkata, objek itu dipercayai meteor.

"Ia menuju ke Pasifik. Orang ramai mendakwa mereka merasakan udara seperti bergetar dan cahayanya seterang bulan," jelasnya lagi.

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menjelaskan objek seperti bebola api boleh mencapai ukuran melebihi satu meter.

Difahamkan, objek yang meletup di atmosfera secara teknikal dirujuk sebagai bola api (bolide). 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow