KENYATAAN SIRUL TIADA MERIT, TIDAK BERASAS, TIMBULKAN BANYAK SPEKULASI - PDRM

Oleh : PAHANGKU
November 25, 2023 - 12:34 MYT
KENYATAAN SIRUL TIADA MERIT, TIDAK BERASAS, TIMBULKAN BANYAK SPEKULASI - PDRM
Sirul Azhar Umar ketika diwawancara dalam Aljazeera English 101 East. (Gambar Aljazeera)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat pendedahan terbaru bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, sebagai tidak mempunyai merit dan tidak berasas.

Keterangan Sirul yang sebelum ini disabitkan bersalah kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu, kepada media antarabangsa Al-Jazeera, baru-baru ini, hanyalah bersifat kenyataan liar yang boleh menimbulkan lebih banyak spekulasi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Sirul sebelum ini sudah diberi peluang untuk membela diri selari dengan Perlembagaan dan undang-undang yang ada di negara ini.

"Namun dakwaan beliau ini tidak pernah pula dikemukakan kepada mana-mana mahkamah yang mengadili beliau dari Mahkamah Tinggi sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan.

"Sekiranya, beliau yakin dan merasakan perlu keadilan bahawa terdapat keterangan-keterangan baharu, Sirul atau melalui peguamnya boleh membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang perlu berkaitan dakwaan tersebut," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu hari ini. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow