Lagi kes jalan mendap di Jalan Masjid India

Oleh : BARD
November 11, 2025 - 09:00 MYT
Lagi kes jalan mendap di Jalan Masjid India

Jalan Masjid India ditutup sementara bagi laluan kenderaan selepas insiden mendapan permukaan jalan di hadapan premis di Jalan Bonus di sini semalam.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, mendapan itu berlaku pada jam 8.39 pagi.

"Pasukan daripada DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah berada di lapangan bagi menjalankan siasatan.

"Bagi tujuan keselamatan, Jalan Masjid India telah ditutup sementara kepada laluan kenderaan bermula dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) hingga ke kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, DBKL menegaskan bahawa keselamatan orang awam adalah keutamaan.

Katanya, pemantauan dan kerja teknikal akan diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, pada Ogos tahun lalu, negara dikejutkan dengan insiden seorang wanita warga India berusia 48 tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam kira-kira lapan meter.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow