Belanjawan 2026: Penolakan Secara ‘Blanket’ Tidak Cermin Politik Matang

Oleh : BARD
November 10, 2025 - 12:00 MYT
Belanjawan 2026: Penolakan Secara ‘Blanket’ Tidak Cermin Politik Matang

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad menyifatkan tindakan pembangkang menolak Belanjawan 2026 secara keseluruhan tanpa mengemukakan cadangan alternatif sebagai sesuatu yang mengecewakan serta tidak mencerminkan kematangan politik.

Menurutnya, beliau terpanggil untuk mengulas selepas melihat sindiran sinis Datuk Seri Dr Ahmad Maslan terhadap pembangkang yang menolak usul belanjawan secara ‘blanket’, namun pada masa sama terus membuat pelbagai tuntutan.

“Saya telah mengulas sebelum ini bahawa Pemuda UMNO melihat beberapa aspek positif dalam Belanjawan 2026, khususnya untuk golongan muda. Kami turut mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi memastikan manfaatnya lebih meluas.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembangkang berhak untuk membahas, mencadang atau menolak usul yang dibawa kerajaan. Namun, kegagalan mereka mengemukakan belanjawan alternatif atau sekurang-kurangnya mencadangkan penambahbaikan semasa perbahasan adalah sesuatu yang mengecewakan.

“Sepatutnya pembangkang mengakui perkara-perkara baik dalam belanjawan dan kemudian mencadangkan perubahan pada aspek yang memerlukan perhatian. Penolakan secara mutlak tanpa alasan kukuh memberi gambaran seolah-olah semua perkara yang dibentangkan kerajaan akan dibangkang secara membuta tuli,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, kata Syauqi sepatutnya pihak pembangkang mengakui perkara-perkara baik di dalam belanjawan tersebut dan mencadangkan perubahan atau penambahbaikan di beberapa perkara yang dilihat perlu penambahbaikan.

“Penolakan usul secara mutlak tanpa sebab atau alasan menggambarkan seolah-olah semua perkara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan akan dibangkang secara membuta tuli.

“Sekiranya penolakan usul dibuat dengan diberi alasan, sebab dan cadangan baharu ataupun sokongan bersyarat (supaya ada penambahbaikan), rakyat akan lebih menghormati pihak pembangkang.

“Kesediaan pihak kerajaan mendengar cadangan usulan pembangkang sebenarnya telah terbukti semasa perbahasan RUU URA sebelum ini,” katanya lagi.

Persoalannya, kenapa usul belanjawan tidak diperhalusi melalui perbahasan yang membina oleh pihak pembangkang?

Beliau menambah, secara keseluruhannya, perbahasan belanjawan 2026 di parlimen, lebih banyak tertumpu kepada bangkangan dan kritikan daripada cadangan penambahbaikan.

“Rakyat ingin melihat suatu bentuk belanjawan alternatif ataupun cadangan yang membina dari pihak pembangkang, supaya ada perbandingan yang jelas,” ujarnya. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow