Suara Rakyat Didahulukan: Tok Wan Turun Padang Dalam Town Hall Rakyat Pahang Malam Ini

Oleh : BARD
November 11, 2025 - 10:00 MYT
Suara Rakyat Didahulukan: Tok Wan Turun Padang Dalam Town Hall Rakyat Pahang Malam Ini

Rakyat Pahang dari segenap lapisan masyarakat dijemput hadir ke Program Town Hall Rakyat (THR) bersama YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) yang bakal berlangsung malam ini di Dewan Dato' Sri Abdul Manan Ismail.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Tuan Khairul Anwar Ahmad Nadzer, segala persiapan telah selesai sepenuhnya dan kini hanya menantikan kehadiran rakyat.

“Semuanya siap sedia. Kami menanti rakyat Pahang datang beramai-ramai malam ini,” katanya.

Program THR kali ini menyasarkan lebih 1,000 kehadiran termasuk penjawat awam, NGO, pelajar, petani, nelayan dan komuniti setempat menjadikannya platform inklusif untuk semua lapisan rakyat bersuara.

Khairul Anwar menjelaskan, tujuan utama THR ialah membuka ruang kepada rakyat untuk menyampaikan pandangan, cadangan dan hasrat mereka secara langsung kepada Tok Wan, khususnya menjelang pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026 pada 5 Disember depan.

“Inilah peluang terbaik untuk rakyat berkongsi pandangan terus kepada Menteri Besar. Setiap suara akan diambil kira agar belanjawan nanti benar-benar menyentuh keperluan rakyat,” ujarnya.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, sesi siaran langsung turut disediakan melalui Facebook Sinar Harian, Menteri Besar Pahang dan Pahang Media.

Penonton juga boleh mengemukakan soalan secara langsung di ruangan komen, dan beberapa soalan terpilih akan dijawab dalam sesi tersebut.

“Sama ada hadir di dewan atau menonton secara dalam talian, setiap suara rakyat penting dalam membentuk masa depan Pahang yang makmur dan sejahtera,” tegas beliau.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow