Muhyidin & Akta Hasutan : Bila kena batang hidung sendiri
Sejurus pilihanraya ke 15 pemimpin UMNO di hadapkan di mahkamah dengan pelbagai tuduhan. Tentu sahaja dikalangan penyokong UMNO , semua tuduhan tersebut adalah usaha pihak Bersatu dan PAS untuk melumpuhkan UMNO parti yang sedah 6 dekad memerintah negara.
Hidup ini umpama roda, silih berganti suka dan duka mahupun nasib untung mahupun kesialan yang menimpa. Hari ini giliran pemimpin dari Bersatu yang terpaksa menghadapi tuduhan di mahkamah. Tentu sekali penyokong mereka mensasarkan kerajaan Perpaduan pimpinan PMX menggunakan mahkamah untuk menyekat pengaruh PN.
Intimidasi itu wujud atau tidak adalah bergantung kepada keputusan mahkamah samada Muhyidin bersalah atau tidak di bawah Akta Hasutan yang didakwa di lakukan di Felda Perasu ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Umumnya mengetahui bahawa banyak laporan polis telah dibuat terhadap Muhyidin tetapi apabila Istana Pahang sendiri membuat laporan polis maka sudah tentu ianya perkara yang serius dan tidak boleh dibiarkan .
Ada jutaan kecaman , penghinaan, fitnah dan perkataan jelek yang dilemparkan oleh netizen di media sosial berligar 24 jam sehari dalam pelbagai platform. Tetapi jumlah pendakwaan mengikut undang undang diperuntukkan seperti Akta Komunikasi dan Akta Hasutan adalah sangat minima.
Tetapi, apabila tindakan Muhyidin Yasin yang dilihat oleh pendakwa boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan setelah melalui siasatan oleh PDRM , tentu sekali ianya mempunyai asas. Beliau bukan rakyat biasa tetapi Ahli Politik berpengalaman yang pernah menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri malahan Menteri Dalam Negeri seharusnya mengetahui batas batas yang perlu dihindari.
Faizal Azumu Timbalan Presiden Bersatu hari ini mengecam PMX dan Kerajaan Perpaduan kerana menggunakan Akta Hasutan dan percaya Muhyidin tidak bersalah. Malahan mempertikaikan sikap ramai dikalangan ahli politik dari PKR dan DAP yang menentang Akta Hasutan dan minta di hapuskan.
Cuma beliau lupa bahawa ketika PN berkuasa apakah yang mereka lakukan untuk menghapuskan Akta Hasutan yang dikatakan kononnya menghalang kebebasan bersuara?
Bila kena batang hidung sendiri mula menyalahkan pihak lain di atas kesilapan yang mereka lakukan.
Sendiri mahu ingat
Anak Cili
Pedas Berapi
Apa Reaksi Anda?











