Pas Beretorik Lagi, Janji Ekonomi Insklusif, UMNO Pahang Dah Lama Buat
Siapa tidak kenal dengan parti Pas. Parti penuh dengan retorika, angan-angan Mat Jenin, tetapi apabila diberi kuasa, mereka gagal melaksanakan, negeri yang menuju kemajuan tiba-tiba kembali mundur.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, YB Dato’ Andansura Rabu dalam ceramahnya di Inderapura menawarkan pelbagai janji kepada rakyat. Antaranya “Janji Ekonomi Insklusif’. Ekonomi inklusif merujuk kepada satu model ekonomi yang memastikan semua lapisan masyarakat, termasuk golongan miskin, luar bandar, wanita, belia dan Orang Asli, dapat menikmati hasil pertumbuhan ekonomi secara adil dan saksama, bukan hanya golongan kaya atau elit bandar.
Ucapan Andansura tidak lebih seperti menabur janji yang tidak pasti. Mereka tahu penyokong mereka mudah ditipu dengan pelbagai janji dan tawaran.
Jika kita hendak bercakap ekonomi insklusif, UMNO Pahang telah lama melakukannya. Banyak dasar, model ekonomi yang dirangka oleh UMNO Pahang telah dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.
Pentadbiran YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, telah melaksanakan beberapa projek dan program yang berimpak dan berprestasi tinggi, antaranya:-
Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) – menjadi pemacu utama pelaburan langsung asing (FDI), nilai pelaburan cecah lebih RM30 bilion.
Pelabuhan Kuantan dinaik taraf – hub logistik serantau, peluang pekerjaan anak muda tempatan.
Bandar baharu dan pusat pertumbuhan pesat seperti di Bentong, Rompin, dan Pekan – bukti pembangunan tak tertumpu di bandar besar sahaja.
Bantuan berterusan kepada pekebun kecil, pesawah, nelayan, peniaga kecil – bukan janji retorik tapi dengan peruntukan dan pelaksanaan sebenar.
Pelan pembangunan ekonomi bersepadu seperti Rangka Tindakan Ekonomi Pahang 2030 yang berpaksikan pertumbuhan inklusif dan lestari.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang kini menunjukkan kemajuan positif apabila pembinaannya mencatat 83.38 peratus setakat Mei 2025. Laluan ECRL yang menghubungkan dua pelabuhan strategik negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan diyakini akan melonjakkan kedudukan Pahang, khususnya Kuantan sebagai destinasi pelaburan utama negara. Kesan limpahan ekonomi yang dijana daripada pembangunan ini akan terus dinikmati oleh rakyat di seluruh negeri.
Kita juga tertanya-tanya pada Pas, apa cerita kejayaan yang boleh dibanggakan oleh mereka untuk menabur janji di Pahang? Apa cerita ekonomi insklusif di Kelantan? 33 tahun mentadbir negeri, apa yang mereka telah laksanakan? Apakah rakyat Kelantan mendapat limpahan ekonomi? Penghijrahan beramai-ramai untuk mencari pekerjaan di negeri lain telah berkurang? Peluang pekerjaan semakin tinggi di Kelantan? Pelabur datang? KDNK terbaik? Kutipan hasil tinggi? Infra semakin maju?
Di Terengganu dapat royalti minyak pun tak mampu jana pekerjaan berkualiti. PAS tak tahu urus ekonomi, mereka hanya tahu salahkan kerajaan pusat bila gagal.
Kalau di negeri mereka tadbir pun tiada cerita kejayaan boleh dikongsi, nasib Pahang jika Pas memerintah amatlah gelap. Mungkin kita tidak lagi mendengar negeri mengutip hasil berbilion, pelabur akan lari, KDNK tercorot, penghijrahan anak Pahang makin tinggi kerana peluang pekerjaan tiada.
Rakyat tidak perlu beremosi dalam memilih kerajaan. Memilih kerajaan bukan berdasarkan pemakaian jubah ataupun serban. Rakyat perlu lihat prestasi yang ditunjukkan kerajaan hari ini. UMNO Pahang sedang bekerja bagi mempastikan kesejahteraan negeri dan rakyat menjadi agenda utama sambil syiar Islam diperkasakan seiring Islam anjurkan.
Pas, cukuplah beretorik kosong, kesian rakyat!
Apa Reaksi Anda?











