Politik Longkang PAS Semakin Menjijikkan

Oleh : BARD
Julai 29, 2025 - 11:00 MYT
Politik Longkang PAS Semakin Menjijikkan

Ternyata tiada batas lagi untuk politik kebencian ala PAS. Dalam satu hantaran Facebook yang kini tular, Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari memuat naik satu karikatur yang menggambarkan seekor monyet menjadi hakim dalam perebutan pisang antara seekor kambing dan seekor biri-biri disertakan dengan kapsyen "Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang."

Sindiran ini jelas dan terang yang beliau menyamakan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai monyet hanya kerana Malaysia mengambil inisiatif untuk menjadi orang tengah dalam usaha diplomasi bagi menyelesaikan konflik kemanusiaan di Myanmar dan ketegangan sempadan Thailand.

Fadhli, seorang pemimpin muda dalam PAS yang kononnya mewakili “ulama pelapis”, ternyata lebih selesa bermain politik longkang berbanding mengangkat martabat rakyat dan negara. Ketika dunia mengiktiraf usaha Malaysia sebagai kuasa diplomatik sederhana yang dihormati, pemimpin seperti Fadhli sibuk menjadi badut media sosial dengan menghambur kata-kata keji demi undi simpati.

Persoalannya, apakah sumbangan Fadhli dalam isu serantau? Berapa banyak krisis antarabangsa yang berjaya beliau bantu selesaikan? Apa idea dan solusi beliau terhadap pelarian Rohingya, ketegangan sempadan Thai-Myanmar, atau isu serantau ASEAN?.

Satu-satunya "sumbangan" beliau hanyalah menghasilkan hantaran Facebook berunsur ejekan, mengundang gelak tawa murahan daripada pentaksub.

Menghina pemimpin negara sendiri dengan panggilan “monyet” bukan sekadar tidak matang tapi ia mencerminkan akhlak sebenar politik PAS hari ini yang semakin kasar, jijik dan tidak beradab. Ironinya, ini datang daripada parti yang kononnya memperjuangkan Islam, akhlak dan kesopanan.

Apakah ini wajah sebenar PAS? Menghalalkan penghinaan dan simbol binatang untuk menjatuhkan musuh politik? Jika beginilah "politik Islam" yang diperjuangkan mereka, maka ia sudah menyimpang jauh dari rahmat dan hikmah ajaran Rasulullah SAW.

Malaysia kini berada di landasan penting dengan memainkan peranan sebagai negara sederhana yang disegani, terutama dalam usaha membawa suara damai di rantau ASEAN. Tapi ketika negara sedang bergerak ke depan, masih ada segelintir pemimpin pembangkang yang sangkut dalam politik tempurung yang hanya tahu menyindir, menghina dan menghasut.

Fadhli bukan sekadar gagal menjadi negarawan, malah gagal menjadi manusia yang waras dalam menilai peranan negaranya sendiri di mata dunia.

Rakyat Malaysia perlu bangkit menolak politik jenis ini seperti politik ejekan, politik kartun, politik binatang. Kita perlukan pemimpin yang cerdik, matang dan mampu berdiplomasi, bukan yang hanya tahu “buat lawak bodoh” di Facebook.

Jika inilah standard pembangkang hari ini, maka mereka bukan sahaja tidak layak memimpin negara malah mereka tidak layak dipanggil pemimpin pun.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow