PAS dan keangkuhan : Letak botol mineral pun PAS menang di Kemaman
Kenyataan Naib Presiden PAS baru baru ini menunjkkan sikap angkuhnya sebuah parti yang mendakwa membawa ajaran Islam. “Letak botol mineral pun PAS oleh menang di PRK Parlimen Kemaman “’ kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad beberapa hari lepas.
Bagi Idris Ahmad ianya tentu sekali berdasarkan keputusan PRU 15 yang menyaksikan PAS menguasai sepenunya 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 8 kawasan Parlimen. Jika analisa sebegitu mudah dengan hanya meletakkan botol mineral kenapakah beliau mempertaruhkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Shamsuri Mokhtar sebagai calon PRK kemaman?
Bagi mana mana parti politik , jika berdasarkan analisa yang empirikal yang meyakinkan tentu sekali akan mengenengahkan muka baru. Anihnya kenapa meletakkan calon heavyweigh Menteri Besar Terengganu Ahmad Shamssuri Mokhtar bagi pertandingan lightweight pada anggapan mereka?Sebenarnya PAS tidak yakin dengan calon baru.
Kemaman memang mempunyai sejarah 3 penggal terakhir pilihanraya di menangi oleh calon BN melalui Ahmd Saberi Chik. Oleh yang demikian sekalipun menang dengan majoriti 27,000 undi PAS tidak boleh mendabik dada. Pilihanraya umum dan Pilihanraya Kecil adalah dua gelanggang yang berbeza.
3 PRK yang telah di jalankan selepas PRU 15 iaitu PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram serta PRK DUN Pelangai menunjukkan Gelombang Hijau yang digembur gemburkan telahpun berakhir.
Rakyat Kemaman perlu buat keputusan bijak dengan memilih calon BN Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor kerana mereka sudah mengetahui siapakah yang menerajui Kerajaan Pusat. Berbanding di PRU yang tidak diketahui siapakah yang mempunyai kuasa di Putrajaya, pengundi di Kemaman perlu melihat bagaimana pengundi di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram dan DUN Pelangai memilih wakil rakyat mereka.
Kerajaan Perpaduan Madani juga stabil dengan sokongan lebih 148 kerusi 2/3 Parlimen apatah lagi dengan pengistiharan 4 Ahli Parlimen PN menyokong. Mereka merasai perpentingnya berada selari dengan Kerajaan Pusat bagi menjaga kepentingan rakyat di Parlimen Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli bagi 4 tahun mendatang.
Terengganu tanpa bantuan Kerajaan Pusat akan lesu dan ketinggalan dalam arus pembangunan dan kebajikan. Kerajan Negeri Terengganu tanpa Wang Ehsan Petrolium dari Kerajaan Pusat akan terkiyal kiyal tanpa arah belayar di lautan umpama kapal tanpa layar.
PAS tidak perlu angkuh dan sombong dengan keyakinan dengan hanya meletakkan “botol mineral “pun boleh beroleh kemenangan.
Kebanyakan halilintar selalunya takkan hujan.
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











