Pas Teraju Pahang: Tuan Ibrahim Jual Angan-Angan, Retorik Kosong
Pas Pahang makin rakus menjaja untuk “teraju negeri Pahang”. Dalam satu ceramah mereka, Timbalan Presiden yang juga ADN Cheka, Tuan Ibrahim menjual angan-angan dan retorik kosong bagi memperlihatkan parti Pas boleh buat lebih baik dari Umno.
Kalau Umno buat 30 buah masjid, kita (PAS) akan bina lebih 50 buah masjid di Pahang. Tak percaya bagi kuasa, bagi mandat. Begitu mudah Tuan Ibrahim menjual air liur dan angan-angan kosong itu. Betullah pentas-pentas ceramah ini tempat menjual retorik dan angan-angan, hakikatnya apabila diberi tanggungjawab, mereka gagal melaksanakannya. Mereka menunding jari kepada orang lain apabila mereka gagal.
Selama 30 tahun Pas menerajui Kelantan, berapa buah masjid yang mereka bina guna dana kerajaan negeri sendiri. Berdasarkan carian di internet, mereka hanya membina satu masjid menggunakan wang sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat sepanjang lebih 20 tahun mereka mentadbir negeri itu iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang, yang juga dikenali “Masjid China”, dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 dengan kos sekitar RM9.5 juta dari dana kerajaan negeri sahaja.
Selainnya semua menggunakan duit bantuan kerajaan pusat, sumbangan orang ramai, wakaf dan sebagainya. Inikah yang boleh dibanggakan oleh Pas dan Tuan Ibrahim? Tidak malukah mereka, melaungkan parti yang memperjuangkan Islam, tetapi hanya mampu membina sebuah masjid sahaja sepanjang 30 tahun mereka menerajui Kelantan.
Berlainan di Pahang, sebanyak 48 buah masjid telah dibina sejak tahun 2018 hingga 2022 dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM185.5 juta yang menggunakan dana kerajaan negeri.
Selain itu, Belanjawan 2024 memperuntukkan RM311.83 juta untuk pembinaan infrastruktur agama, tidak terbatas hanya masjid. RM9.28 juta disalurkan pada 2024 melalui BPP sebagai bantuan kepada institusi Islam. Selesai projek spesifik termasuk Masjid Sungai Puteri yang siap 2024 dengan dana lebih RM6 juta. Pada awal 2025, kerajaan negeri masih meneruskan pembinaan 37 masjid baharu (RM117 juta).
Kelantan adalah cerminan sebenar Pas. kegagalan urus tadbir, kemiskinan berpanjangan, masalah air yang berlarutan, dan pembangunan yang suram. Kalau negeri sendiri pun tak terurus, nak teraju Pahang atas dasar apa?
Mudah jadi pemimpin Pas, jual air liur, jual angan-angan, jual retorik untuk memperbodohkan rakyat demi kepentingan politik mereka.
PAS tahu mereka gagal total di Kelantan. Air tak selesai, ekonomi layu, anak muda berhijrah keluar. Masjid pun terpaksa minta sumbangan orang.
Kini mereka intai Pahang kerana negeri ini kaya dengan hasil emas, balak, REE, pelaburan masuk berbilon ringgit saban tahun.
Mereka perlukan Pahang untuk hidup. Kelantan sudah tak boleh dijadikan modal. Pahang jadi pelampung terakhir tempat jual janji baru bila rekod lama penuh kehancuran.
Pahang bukan tapak eksperimen.Cukuplah PAS menjual mimpi. Yang kita perlukan ialah pemimpin yang bekerja seperti Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, bukan yang berceramah kosong seperti pemimpin Pas.
Apa Reaksi Anda?











