Pembinaan ECRL: Lorong arah Kuantan Lebuhraya KLK dilencongkan

Oleh : BARD
Julai 14, 2025 - 09:00 MYT
Pembinaan ECRL: Lorong arah Kuantan Lebuhraya KLK dilencongkan

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memaklumkan bahawa jalan masih dibuka kepada pengguna menerusi laluan lencongan yang telah diaktifkan sepenuhnya, meskipun kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan.

Ia susulan penutupan sementara lorong arah Kuantan di Lebuhraya KL-Karak (KLK) dari Kilometer (KM) 25.75 hingga KM 27.1.

“Penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk portal bagi struktur Road Under Bridge (RUB14) yang akan berlangsung mulai 8 Julai hingga 8 Ogos.

“Penutupan ini telah dibincangkan dan diluluskan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), melibatkan lorong arah Kuantan di KM 25.75 hingga KM 27.1,” jelas kenyataan tersebut pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai langkah mitigasi, jalan lencongan telah diaktifkan sepenuhnya dengan tiga lorong bagi setiap arah bagi memastikan kelancaran aliran trafik.

“Para pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda dan arahan trafik di lokasi, memperlahankan kenderaan di kawasan kerja, dan sentiasa berhati-hati demi keselamatan semua pihak.

“Pihak ECRL mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama para pengguna jalan raya serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Keselamatan dan kelancaran trafik kekal menjadi keutamaan kami sepanjang pelaksanaan kerja ini,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow