“Permainan Persepsi Murahan PAS Pahang”
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, laman Facebook Pemuda PAS Pahang dilihat sibuk memainkan isu kutipan hasil negeri kononnya Pahang gagal mencapai sasaran. Namun seperti biasa, permainan mereka tidak lebih daripada percubaan mencipta persepsi murahan tanpa fakta dan tanpa sumber sahih.
Bila ditanya dari mana mereka peroleh angka itu diam seribu bahasa. Inilah cara lama PAS bila kehabisan modal cetuskan fitnah, cipta naratif, kemudian lari dari tanggungjawab.
Hakikatnya, prestasi kutipan hasil negeri Pahang kekal cemerlang dan melebihi sasaran tiga tahun berturut-turut.
Pada tahun 2023, kerajaan negeri menyasarkan kutipan RM1.083 bilion dan berjaya mengutip RM1.169 bilion. Manakala bagi tahun 2024, sasaran RM1.137 bilion juga berjaya diatasi dengan kutipan sebenar sebanyak RM1.144 bilion.
Ini bukti jelas bukan sekadar cakap kosong atau propaganda. Pahang bukan sahaja menepati sasaran kewangan, malah terus berdiri kukuh sebagai negeri yang stabil dan mampan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri masih tidak pernah gagal membayar gaji penjawat awam, masih mampu memberikan bonus, dan tetap menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat. Ini bukti kecekapan pengurusan dan tadbir urus berintegriti.
Bandingkan pula dengan sebuah negeri jiran di bawah PAS, nak bayar bonus pun terpaksa merintih kepada kerajaan pusat. Itu pun masih ada hati mahu mengajar Pahang tentang urus tadbir kewangan? Cerminlah diri sendiri dulu.
Pemuda PAS Pahang harus sedar, rakyat hari ini bukan lagi mudah diperdaya dengan permainan persepsi. Zaman menabur fitnah tanpa fakta sudah berakhir.
Kalau benar perjuangan berteraskan Islam seperti yang mereka laungkan, tunjukkan bukti, buktikan kebenaran, bukan berselindung di sebalik fitnah.
Pahang terus mara dengan kekuatan sendiri, bukti nyata bahawa kepimpinan yang berintegriti dan berpaksikan realiti jauh lebih berjaya daripada politik retorik yang penuh khayalan
Apa Reaksi Anda?











