SEORANG LAGI WARTAWAN PALESTIN TERKORBAN DI GAZA

Oleh : PAHANGKU
November 19, 2023 - 13:24 MYT
SEORANG LAGI WARTAWAN PALESTIN TERKORBAN DI GAZA
Sari Mansour terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza pada Sabtu. - Foto aplikasi X

GAZA CITY: Seorang wartawan Palestin terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza semalam, menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS).

Wartawan itu dikenal pasti sebagai Sari Mansour dari kem pelarian Bureij di tengah Gaza, lapor Agensi Anadolu.

PJS berkata dalam kejadian yang berlaku pada awal Sabtu itu, wartawan dan penganalisis politik Mustafa al-Sawwaf turut terbunuh bersama beberapa ahli keluarganya.

Sementara itu, dua anak lelaki al-Sawwaf, seorang jurufoto kontrak Anadolu dan pembuat filem turut cedera parah.

PJS berkata angka kematian membabitkan wartawan Palestin sejak 7 Oktober telah melonjak kepada 79 orang manakala 29 wartawan lagi ditahan. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow