Tidak sangka akan terima rumah percuma

Oleh : BARD
November 30, 2023 - 09:30 MYT
Tidak sangka akan terima rumah percuma

KUANTAN - Saya tidak menyangka akan terima sebuah rumah percuma dari Kerajaan Negeri, Alhamdulillah syukur sangat-sangat dan gembira kerana dah lama impikan untuk mempunyai rumah sendiri.

Luahan rasa gembira dari penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP), Puan Normah Binti Mohamad di kampung Pandan Kuantan.

Beliau seorang Ibu Tunggal yang tiada pendapatan tetap dengan hanya menjual beranggapan rumah RRP yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini adalah satu hadiah yang tidak ternilai.

Selain menerima rumah percuma Puan Normah turut menerima barangan elektrik yang bernilai RM2,000 yang telah diserahkan oleh YH Dato’ Haji Mohd Zaili Haji Besar yang mewakili Ahli Parlimen Paya Besar.

Ucapan terima kasih kepada YAB Dato' Sri Wan Rosdy, Menteri Besar kita dan juga terima kasih kepada Ahli Parlimen Paya Besar YB Dato' Indera Mohd Shahar serta Kerajan Negeri kerana telah menghadiahkan rumah percuma ini kepada saya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow