Tol percuma 8, 9 Februari sempena Tahun Baharu Cina

Oleh : BARD
Februari 7, 2024 - 12:01 MYT
Tol percuma 8, 9 Februari sempena Tahun Baharu Cina

Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, semua kelas kenderaan akan menikmati pengecualian tol bermula pukul 12.01 tengah malam 8 Februari (Khamis) hingga 11.59 malam 9 Februari (Jumaat) ini.

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

"Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Alexander turut menjelaskan inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan RM42.99 juta.

Beliau berharap pengguna lebuh raya akan merancang perjalanan sebaiknya susulan pemberian tol percuma tersebut.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow