Ulang Tahun UMNO Ke-80: Tanah Rizab Melayu di Pahang Terus Dipertahan, Terus Bertambah

Oleh : BARD
April 9, 2026 - 14:58 MYT
Ulang Tahun UMNO Ke-80: Tanah Rizab Melayu di Pahang Terus Dipertahan, Terus Bertambah

OLEH: AHMAD FANSURI MOHAMAD NASIR

Sambutan ulang tahun UMNO ke-80  bukan sekadar meraikan sejarah panjang sebuah parti, tetapi mengangkat hakikat bahawa UMNO kekal sebagai parti yang bertanggungjawab, konsisten dan terbukti menjaga kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu.

Di Pahang, bukti paling jelas ialah kejayaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran UMNO mempertahankan dan menambah keluasan Tanah Rizab Melayu secara berterusan. Hari ini, keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri ini mencecah 444,074 hektar, bersamaan 12.34 peratus daripada keseluruhan keluasan Pahang. Angka ini meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun 1955 yang hanya merekodkan 218,326 hektar atau enam peratus sahaja.

Ini bukan angka kecil. Ini adalah bukti nyata bahawa UMNO tidak pernah bermain dengan soal hak rakyat. Ketika ada pihak gemar bercakap besar, menyalakan sentimen dan menjadikan isu Melayu sebagai bahan ceramah politik, UMNO memilih bekerja, merancang, mewartakan, mempertahan dan memastikan tanah warisan bangsa terus kekal dalam tangan anak negeri.

Selama lapan dekad, UMNO telah membuktikan bahawa perjuangan sebenar bukan diukur pada sekuat mana slogan dilaungkan, tetapi sejauh mana amanah dipikul dan hasilnya dirasai rakyat. Tanah Rizab Melayu yang bertambah di Pahang adalah lambang kesungguhan sebuah parti yang faham tanggungjawabnya kepada bangsa, agama dan negeri.

Di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri terus menunjukkan iltizam yang jelas, bukan sahaja mempertahankan apa yang ada, tetapi menambah baik, memperkukuh dan memperluas jaminan masa depan rakyat. Pendekatan ini membuktikan bahawa UMNO bukan parti yang hanya muncul ketika pilihan raya, tetapi parti yang bekerja sepanjang masa demi kepentingan rakyat.

Sempena 80 tahun perjuangan UMNO, kejayaan ini menjadi peringatan bahawa kestabilan, pengalaman dan kepimpinan berwibawa adalah asas kepada kemajuan sebenar. Dalam soal tanah, maruah dan masa depan orang Melayu, UMNO di Pahang telah membuktikan bahawa tanggungjawab itu bukan slogan  tetapi amanah yang dilaksanakan dengan tegas dan penuh komitmen.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow