UMNO Sentiasa Konsisten Perjuangkan Pendidikan Berkualiti Untuk Anak-Anak Muda

Oleh : BARD
Mei 6, 2026 - 10:00 MYT
UMNO Sentiasa Konsisten Perjuangkan Pendidikan Berkualiti Untuk Anak-Anak Muda

UMNO sentiasa konsisten dalam memperjuangkan sistem pendidikan berkualiti untuk anak-anak muda bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

Ini terbukti dengan penganjuran Kongres Pendidikan Bumiputera yang berlangsung pada Jumaat, sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80.

Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamed Azrin Samah, 24, berkata usaha yang dibuat oleh UMNO sememangnya dapat memenuhi harapan anak-anak muda, terutamanya pelajar universiti untuk memperoleh peluang yang lebih luas dalam bidang pendidikan.

“Alhamdulillah, sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80, ramai hadir dan paling menarik serta luar biasa adalah daripada kalangan anak-anak muda.

“Pengisian adalah tentang pendidikan. Ramai dalam kalangan rakan-rakan daripada institut pengajian tinggi (IPT) turun dari seluruh pelusuk negara. Tentunya hari ini kita bukan sekadar mahu mendengar apa yang UMNO tawarkan kepada anak-anak muda, tetapi saya juga melihat ada peningkatan yang sangat baik dalam bidang pendidikan.

“Harapan tentunya daripada kami anak-anak muda… kita mahukan lebih banyak peluang dalam pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan, dan kita yakin dengan kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melalui dasar TVET, pendidikan, AI dan pelbagai lagi. Tentunya ia dapat membuka lebih banyak peluang kejayaan dan pendidikan kepada anak muda pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sorfina Farhanah Iszuan Shah, 21, berpandangan bahawa UMNO tidak pernah meminggirkan suara anak-anak muda dalam apa jua perkara terutamanya pendidikan.

“Melihat kepada sambutan Konvensyen UMNO, nampak sangat meriah dan diraikan oleh semua. Ramai yang hadir dan kita dapat melihat bahawa mereka menyambut baik gagasan Rumah Bangsa.

“Saya rasa mungkin anak muda mahukan, dari segi pendidikan, lebih banyak pihak di peringkat atasan untuk mendengar suara anak muda di akar umbi.

“Harapan saya semoga kita kembali menjadi kerajaan sepenuhnya pada masa akan datang,” katanya kepada.

Dalam pada itu, mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA), Izzuddin Muhammad Rahmat, 23, berharap agar visi kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan adil kepada rakyat dapat dilaksanakan.

“Suasana meriah kerana kita dapat melihat ramai pelajar dari universiti awam dan swasta turun ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) untuk sama-sama memeriahkan Kongres Pendidikan Bumiputera yang berlangsung.

“Sebagai anak muda, semestinya saya sebagai mahasiswa UMPSA… seperti yang kita tahu, UMNO sentiasa memperjuangkan pendidikan supaya pada masa akan datang. Seperti yang dibincangkan dalam kongres tadi, menjelang 2035, Insya-Allah pendidikan yang lebih berkualiti dan adil akan diberikan kepada semua rakyat terutamanya bumiputera.

“Saya dan warga UMPSA ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-80 kepada warga parti UMNO dan insya-Allah semoga sentiasa maju jaya,” katanya kepada.

Pada Jumaat, media melaporkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggariskan tiga mandat utama pendidikan iaitu membina manusia berakhlak, memperkukuh ekonomi melalui tenaga mahir serta membentuk warganegara yang memahami sejarah dan identiti nasional.

Selain itu, beliau turut menggariskan lima fokus pembaharuan dalam membina hala tuju pendidikan negara.

Antaranya, sistem pendidikan mesti lebih anjal dan adil dengan memberi ruang kepada laluan akademik, TVET, tahfiz, digital, keusahawanan, seni, sukan serta inovasi secara seimbang. Selain itu, akses kepada prasekolah berkualiti perlu diperluas, khususnya di luar bandar, kawasan miskin bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak serta komuniti rentan.

Seterusnya, Wakaf Pendidikan Bumiputera perlu diperkasakan selain memastikan kebajikan guru, latihan guru, beban tugas serta kemudahan sekolah dijadikan keutamaan. Akhir sekali, hala tuju pendidikan negara perlu jelas, inklusif, progresif dan berteraskan nilai.

Sumber 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow