Waspada hujan berterusan di Pahang.

Oleh : ANAK CILI
Disember 24, 2023 - 22:38 MYT
Waspada hujan berterusan di Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran Seksyen B : Amaran Hujan Berterusan (Buruk) sehingga 25 Disember.

Tinjauan petang tadi di beberapa sungai antaranya Sungai Belat, Sungai Galing dan Sungai Kuantan  mendapati paras air masih normal.
Walau bagaimanapun, orang ramai yang tinggal di kawasan berhampiran sungai tersebut dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkin berikutan cuaca hujan yang berterusan.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) • Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Kapit (Song) sehingga 9:00 malam; Ahad, 24 Disember 2023.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow