10 sebab kenapa pengundi Kemaman perlu pilih calon BN
Pengundi Kemaman berjumlah 141,790 akan diberi peluang untuk memilih calon Ahli Parlimen Kemaman pada 2hb Disember ini. PRK Parlimen Kemaman akan memberikan gambaran baru tahap sokongan rakyat kerana kali pertama selepas PRU 15 ianya diadakan di kawasan pembangkang kerana sebelum ini PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan DUN Pelangai di Pahang adalah negeri yang di kuasai oleh Kerajaan Perpaduan di mana ketiga tiganya dimenangi oleh calon BN-PH.
Kenapa perlu pilih calon BN di PRK Parlimen Kemaman? 10 sebab diberikan untuk pengundi di Kemaman yang boleh dijadikan asas untuk membuat pertimbangan memilih Ahli Parlimen Kemaman pada PRK kali ini.
1. Calon BN merupakan anak jati Kemaman manakala calon PAS adalah orang Besut. Kemaman perlu ada pemimpin di kalangan anak Kemaman bukan orang luar. Adakah Kemaman ketandusan pemimpin jika dengan memberikan undi kepada calon luar Kemaman ? Di mana harga diri orang Kemaman?
2. Calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mampu menumpukan sepenuh masa sebagai wakil rakyat manakala calon PAS, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hanya menjadikan Ahli Parlimen sebagai part time memandangkan sudah mempunyai jawatan sebagai ADUN Rhu Redang dan Menteri Besar Terengganu.
3. Calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor adalah seorang pemimpin yang dipilih sebagai calon direct candidate bukan ahli parti UMNO. Ianya satu pengiktirafan menunjukkan BN/UMNO bukan sebuah parti yang exsklusif sebaliknya inklusif kepada sesiapa sahaja yang layak dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Ianya bukan perkara baru kerana sebelum ini telah diiparktikkan di PRK Cameron Highland Ramli Mohd Nor (bekas penolong Pesuruhjaya Polis) kini dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat.
Begitu juga calon PRK Semenyih Zakaria Hanafi yng tidak mempunyai kedudukan dalam parti tetapi dipilih sebagai calon dan menang. Sebaliknya calon PAS tetap berlegar dengan kelompok parti PAS tetapi tidak pernah mengiktiraf orang diluar parti yang lebih banyak mengundi mereka.
4. Rakyat Kemaman akan menjadi anak emas dan jambatan kepada Kerajaan Perpaduan dengan perhatian yang lebih diberikan jika memilih calon BN yang selari dengan Kerajaan Madani. Jika memilih calon PAS yang menjadi pembangkang di Parlimen maka ianya tidak akan dapat peruntukan bagi membantu rakyat serta projek pembangunan di Kemaman.
5. Calon BN mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran sebagai bekas Panglima Angkatan Tentera. Selain itu dapa menambah suara yang membela nasib tentera dan bekas bekas tentera. Calon BN berpeluang cerah untuk berada dalam kabinet samada Menteri atau Timbalan Menteri memandangkan kerusi Parlimen Kemaman pernah mempunyai sejarah Ahli Parlimennya dilantik sebagai Menteri seperti Ahmad Saberi Chik.
Tidak mahukah rakyat di Kemaman mempunyai wakil rakyat yang mempunyai kedudukan sebagai Menteri atau Timbalan Menteri? Jika memilih PAS maka sudah tentu duduk dikerusi pembankang untuk tempoh 4 tahun lagi dan tidak mampu berbuat apa apa untuk tempoh 4 tahun mendatang.
6. Parlimen Kemaman sudah mempunyai 4 ADUN dari PN yang akan menyalurkan bantuan Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat di Terengganu. Ketika PRU 15 , rakyat tidak tahu parti manakah yang berkuasa di Persekutuan . Rakyat Kemaman perlu cerdik dengan menggunakan kelebihan seorang Ahli Parlimen dari BN yang dapat menggunakan kelebihannya menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan kerana sudah mengetahui siapakah yang mempunyai kuasa di Perekutuan.
7. Jika calon BN di pilih sebagai Ahli Parlimen Kemaman, dia mempunyai fokus membantu rakyat. Dia tidak memegang apa apa jawatan di peringkat parti . Bayangkan Persidangan Parlimen membahaskan budget sahaja memakan masa dua bulan.
Adakah MB Terengganu boleh memainkan peranannya di Parlimen dengan jarak yang jauh dari Terengganu ke Kuala Lumpr selain dalam masa yang sama sibuk dengan tugas Menteri Besar mengurus pentadbiran Negeri sebagai Adun Rhu Redang dan seluruh kawasan di Terengganu. MB Terengganu juga sibuk dengan jawatan politik beliau dalam parti seperti Naib Presiden PAS dan Pengerusi Perhubungan PAS Terengganu akan membataskan fokus beliau terhadap rakyat di Parlimen Kemaman.
8. PRK Parlimen Kemaman di adakan kerana amalan rasuah telah dilakukan oleh PAS yang mana kemenangan calon PAS telah dibatalkan sebagaimana di Kuala Terengganu. Jika pengundi di Parlimen Kemaman memberikan kemenangan kepada calon PAS maka ianya seperti merestuai amalan rasuah.
9. PRK Parlimen Kemaman perlu menjadi refrendum rakyat bahawa mereka mahukan kerajaan yang stabil. Sekiranya calon PAS menang sekalipun tidak akan mengubah apa apa kedudukan kerajaan Perpaduan yang sudah mempunyai lebih 148 kerusi. Malahan ia tidak akan mengubah masa depan pembangunan dan kebajikan rakyat Kemaman jika diwakili oleh pembangkang di Parlimen.
10. PRK Parlimen Kemaman adalah peluang pengundi di Kemaman memilih seorang wakil rakyat sejati , bukan menjadi tempat persinggahan ahli politik yang “ambitious” sebagaimana Ahmad Samsuri Mokhtar yang tamak haloba dengan kuasa. Kemaman tidak ketandusan anak jati yang boleh diangkat sebagai pemimpin.
Kemaman perlu pemimpin yang dapat meneruskan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat. Paling tidak rakyat di Kemaman tidak lagi perlu ke Kuantan Pahang setiap hari Jumaat menghabiskan cuti hujung minggu.
Memilih calon BN bagaikan lopak menjadi perigi, tapi jika memilih calon PAS samalah dari semak menjadi belukar.
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?











