17,177 rakyat Palestin terkorban sejak 7 Oktober
GAZA CITY: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 17,177 orang.
"Kira-kira 70 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra pada sidang media semalam.
Beliau berkata 46,000 orang lagi cedera dalam serangan Israel ke atas wilayah Palestin yang terkepung.
"Sekurang-kurangnya 290 pegawai perubatan terbunuh, 102 ambulans musnah dan 160 pusat penjagaan kesihatan menjadi sasaran dalam serangan Israel, manakala 20 hospital dan 46 pusat jagaan primer dipaksa keluar daripada perkhidmatan.
"Kami menghadapi kesukaran mengira bilangan syahid dan cedera akibat serangan berterusan dan pemadaman komunikasi," katanya.
Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza pada 1 Disember selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu dengan Hamas.
Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran terhadap Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober di mana 1,200 warga Israel terbunuh, menurut angka rasmi. - AGENSI
Apa Reaksi Anda?











