5 ADUN Lantikan Pahang : Sejak bila PAS cakna Orang Asli?
Perlantikan 5 ADUN Lantikan Pahang sengaja di jadikan polemik oleh pemimpin PAS Pahang tetapi tidak menggambarkan keadaan sebenar. Kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka, Andasura Rabu ADUN Beserah dan ADUN Jengka Shahril Azman Abd Haalim yang mengkritik lantikan 5 ADUN Lantikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail sudah dijangka kerana memenuhi agenda politik PAS dan bukannya kepentingan rakyat.
Selain kos yang perlu di tanggung di sebabkan perlantikan 5 ADUN Lantikan, pemimpin PAS Pahang mempertikaikan keputusan YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengunakan alasan perlantikan ini tidak mewakili masyarakat minoriti dan cuba memanipulasi masyarakat Orang Asli yang tidak dilantik sebagai ADUN lantikan di Sidang DUN Negeri Pahang.
Sejak bilakah PAS ingin menjadi juara dalam menjaga kepentingan Orang Asli sebagai golongan minoriti dan telah membuktikan keupayaan memperjuangkan nasib Orang Asli di Pahang. Belum pernah berlaku dalam mana mana pilihanraya yang di adakan terutama di Pahang PAS berjaya memenangi PDM orang Asli.
Ini membuktikan masyarakat Orang Asli di Pahang yang merupakan yang paling ramai di Malaysia sentiasa meyakinkan dan menaruh kepercayaan kepada pemimpin Barisan Nasional bagi menjaga kepentingan serta kebajikan mereka sejak sekian lama.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli, Syed Ibrahim Syed Ahmad, sebelum ini pun kerajaan negeri giat melengkapkan penempatan-penempatan Orang Asli dengan kemudahan, termasuk menubuhkan Orang Asli Corporation Sdn Bhd (Oraco) untuk ekonomi komuniti itu.
Baca selanjutnya
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/05/15/tanpa-adun-lantikan-pahang-tetap-jaga-orang-asli-kata-exco/
Melihat riak air sudah tahu siapa pendayungnya dan bukan menjadi rahsia umum pemimpin PAS Pahang akan sentiasa mengocak di air tenang.
PEDAS BERAPI
ANAK CILI
Apa Reaksi Anda?











