ADUN pembangkang Pahang keliru antara peruntukan adil atau sama rata

Oleh : ANAK CILI
Disember 6, 2023 - 19:14 MYT
ADUN pembangkang Pahang keliru antara peruntukan adil atau sama rata

Peruntukan kepada ADUN Pembangkang kembali dibangkitkan oleh ADUN Pembangkang di Pahang. Sebagaimana apa yang hingar bingar di Parlimen tentang peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang , di Pahang juga begitu. Cuma di Sidang DUN Pahang hanya seorang dua ADUN dari PN terutama dari Bersatu yang dilihat membangkitkan isu peruntukan kepada pembangkang. Barangkali ADUN pembangkang sudah pasrah sahaja.

Peliknya selaku Ketua Pembangkang ADUN Cheka Tuan Ibrahim Tuan Man tidak membangkitkannya di Dewan Undangan Negeri sebaliknya memilih menyuarakan diluar dewan undangan negeri dengan membuat kenyataan kepada media. Kenapakah terjadi sebegitu? Apakah muslihat licik disebaliknya?


Beliau juga sebagai mana dipetik berkata “ Dia (Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) bagilah sikit baru ini tapi dia bagi bukan sebagaimana dihasratkan oleh Tuanku. Cadangan Tuanku supaya peruntukan kepada ADUN pembangkang diberi sama rata sebagaimana ADUN kerajaan.

”Pahang bagi dekat Ramadan RM5,000 dan baru ini RM30,000 untuk projek di kawasan,” 

Apa yang sangat di kesalkan beliau sewajarnya tidak memesongkan pandangan rakyat dengan kenyataan yang mengelirukan. Titah KDYMM Pemangku Raja Pahang adalah supaya diberikan peruntukan kepada ADUN Pembangkang di Pahang dengan adil dan bukan sama rata.  

Mereka begitu hebat dalam mentafsir adil dalam perspektif Islam tetapi tidak dapat menemui dalil adil itu ketika mereka sendiri sebenarnya mengetahui makna adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan adil menurut perspektif Islam bukanlah pemberian sama rata.

Di dalam demokrasi juga membezakan pihak mana yang menjadi Kerajaan berdasarkan majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri dan siapa pula yang berada dikerusi pembangkang. 

Dalam demokrasi yang dipraktiskan sejak sekian lama tidak pernah menjadi persoalan , soal apa yang dilakukan oleh negeri negeri lain tidak semestinya menjadi satu perkara yang melanggar undang undang jika tidak dilaksanakan di Pahang.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Parlimen , Ahli Parlimen pembangkang juga tidak menerima peruntukan dan ianya berdasarkan budi bicara dan kuasa prerogatif samada PM di Persekutuan atau MB di mana mana negeri.

Jangankan kata mahu berterima kasih dengan pemberian RM 5000 setiap kali Ramadan dan RM 30,00 ribu yang diberikan baru baru ini malahan ianya diperkecilkan dengan membuat kenyataan kepada media. Inilah sikap manusia  yang mahu di layan dengan baik tetapi mereka bersikap sebaliknya dan tidak bersyukur.

Benar sangatlah kata kata YAB Menteri Besar Pahang ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2024  “Jangan pernah menjadi pelangi kepada mereka yang buta warna”.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow