AHLI PARLIMEN TEMERLOH MUNCUL SELEPAS 3 HARI MENGHILANG?
Banjir mula melanda di beberapa kawasan di Pahang dan antara kawasan yang terjejas teruk adalah di kawasan Parlimen Temerloh. Ketika artikel ini ditulis sebanyak 6 Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) di buka bagi mangsa bajir terdiri daripada SK Lancang 36 orang (12 keluarga) , Balairaya Mempateh 30 orang (6 keluarga) , Dewan SMK Sri Semantan 184 keluarga ( 623 keluarga ) , Masjid Kg Bongsu 20 orang ( 5 keluarga ) , SK Desa Bakti 566 orang (163 keluarga) dan SK Mentakab 12 orang ( 6 keluarga ) dimana jumlah keseluruhan mangsa banjir 1, 287 terdiri dari 376 keluarga.
Ketika ini jugalah khidmat wakil rakyat diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul samada penyelesaian jangka pendek dan rancangan jangkamasa panjang . Kecuali DUN Mentakab, Parlimen Temerloh diwakili oleh PAS melalui Salamiah Md Nor , DUN Lanchang Hasan Omar dan DUN Semantan Hasanudin Salim.
Hari ini, KDPB Sultan Pahang Berkenan Berangkat Bercemar Duli ke kawasan yang terlibat dengan banjir dan rakyat tentu sekali menjunjung kasih atas keprihatinan baginda. Pada ketika inilah tiba tiba muncul Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Md Nor yang tidak kelihatan di mana mana lokasi yang terkesan akibat banjir yang bermula Sabtu lepas.
Berdasarkan catatan di FB beliau yang dimuatnaik hanyalah program beberapa program parti PAS. Kemanakah beliau menghilang? Jangan hanya ketika mengundi rakyat di cari hingga ke pelusok perkampungan pedalaman Orang Asli sebaliknya yang berada di depan mata tidak langsung menjegah muka.
Sekalipun wakil rakyat UMNO tidak lagi di pilih pada pilihanraya yang lalu di DUN Lancang dan DUN Semantan tetapi kelibat Penyelaras DUN Dato Ridzuan Hazimin tetap menjengah beberapa lokasi termasuk PPS bertanyakan khabar mangsa banjir.
Penyelaras DUN Semantan, Ketua UMNO Bahagian Temerloh Dato Ridzuan Hazimin menziarahi mangsa banjir di beberapa PPS di Temerloh
Bila terlalu asyik berpolitik , Ahli Parlimen PAS lupa akan tanggungjawab hakiki yang sepatutnya di utamakan.
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











