Ahli Parlimen PAS Jerantut bakal angkat kaki?

Oleh : ANAK CILI
April 18, 2024 - 16:47 MYT
Ahli Parlimen PAS Jerantut bakal angkat kaki?
Bayangkan betapa malangnya nasib rakyat di Parlimen Jerantut yang di wakili oleh bukan anak jati Pahang

Bukan sahaja sering hilang dari radar malahan perkembangan terbaru melibatkan Ahli Parlimen PAS dari Jerantut Khairil Nizam di khabarkan akan beralih angin. Beliau yang juga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan AJK Kerja Pusat PAS dilihat tidak lagi berminat untuk meneruskan karier politik di Pahang.

Perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Eastern Pasific Properties Sdn Bhd (EPIC) oleh MB Terengganu dipenuhi dengan pelbagai persoalan tentang masa depan politik beliau di Pahang. Jika sebelum ini pun beliau yang jarang dilihat kelibat beliau di Parlimen Jerantut maka bukanlah mustahil akan makin sukar di kesan oleh radar pengundi di Jerantut apabila komitmen beliau semakin bertambah menjadi orang besar di Terengganu.

Parlimen Jerantut kini hanya di jadikan persinggahan Khairil Nizam untuk membina kerjaya politik dan rakyat di Jerantut bagaikan tikus makmal yang empirikal, touch n go paling murah untuk kepentingan peribadi dan politik PAS.

Bayangkan betapa malangnya nasib rakyat di Parlimen Jerantut yang di wakili oleh bukan anak jati Pahang. Khairil Nizam anak kelahiran Perak dipertaruhkan sebagai wakil rakyat oleh kepimpinan PAS Pahang seolah olah tidak ada lagi bakat kepimpinan anak Pahang dari Jerantut. 

Pemilhan orang luar menunjukkan PAS Pahang tidak langsung memilih mereka yang berasal dari Pahang yang pastinya lebih memahami budaya serta aspirasi pengundi di Parlimen Jerantut.

Jadi tidak hairanlah Khairil Nizam selaku Ahli Parlimen PAS Jerantut dilihat tidak membawa apa apa perubahan dan gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen.Bila sudah tiada jati sebagai anak Pahang dan hati pulak bercabang cabang mahu ke sana dan ke sini maka tiadalah fokus untuk memberikan khdmat dan jasa di bumi Pahang.

Tentu sekali beliau akan memberikan tumpuan kepada syarikat berkaitan GLC Epic Terengganu dan bukanlah perkara mustahil beliau akan angkat kaki dan bertanding di Terengganu pula pada pilihanraya akan datang. Akhirnya rakyat di Jerantut khasnya akan merasai kesan dan rugi. 

Sepertimana juga Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS yang bertanding dan menang di Parlimen Kubang Kerian Kelantan. Bila dah jiwa bukan orang Pahang, tiada maknanya nak beri khidmat sepenuh hati. Jangan ke tidak je lah…

PEDAS BERAPI
ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow