“Asyraf Wajdi Bongkar: Pas Jumpa Anwar & Zahid Belakang Tanpa Pengetahuan Muhyiddin”

Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ini sekali lagi membongkar wajah sebenar Pas yang sering berselindung di sebalik slogan agama, tetapi hakikatnya mengamalkan politik licik penuh muslihat. Dakwaan bahawa Pas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa pengetahuan rakan sekutu mereka dalam Bersatu adalah cerminan klasik bagaimana parti itu tidak pernah konsisten dengan pendirian sendiri.
Apa yang lebih ironinya, modus operandi ini bukanlah baru. Seperti yang diingatkan Nik Nazmi, perkara sama berlaku ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat dahulu satu kaki bersama PKR dan DAP, satu kaki pula mencari ruang keluar untuk kepentingan sendiri. Dalam Muafakat Nasional, mereka menafikan penglibatan dengan Perikatan Nasional, tetapi akhirnya mengisytiharkan sokongan sebaik sahaja Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. Pendek kata, setiap kali peluang kuasa terbuka, Pas adalah yang pertama berlari masuk tanpa segan silu, meskipun terpaksa menikam belakang rakan kerjasama.
Asyraf menegaskan Umno “tidak pernah mengkhianati kawan-kawan”. Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan naratif itu, yang jelas Pas memang mempunyai rekod hitam yang panjang dalam mengkhianati rakan politik. Keputusan mereka ketika Langkah Sheraton misalnya memilih kerajaan sementara kononnya enam bulan akhirnya hanyalah taktik untuk meletakkan diri dalam zon selamat kuasa. Dari enam bulan, ia bertukar menjadi strategi survival tanpa had masa.
Politik Pas sentiasa dibungkus dengan alasan agama, tetapi tindak-tanduk mereka menunjukkan sifat oportunis yang melampau. Mereka boleh menuduh pihak lain sebagai pengkhianat, liberal, sekular, malah kafir, tetapi pada masa sama mereka jugalah yang paling pantas berunding di pintu belakang. Kini Bersatu sendiri sedang merasai ‘tikaman’ yang sama seperti yang pernah dialami Umno. Bezanya, Umno sudah lama sedar, manakala Bersatu mungkin baru memahami hakikat bahawa Pas tidak pernah mengenal erti kesetiaan.
Apa yang kita lihat daripada pendedahan ini ialah corak politik Pas yang tidak pernah berubah dengan berjanji untuk setia, tetapi akhirnya menjual janji demi kelangsungan kuasa. Rakyat seharusnya mengambil iktibar parti yang sanggup mengkhianati sekutu politiknya, apa jaminan mereka tidak akan mengkhianati mandat rakyat?
Apa Reaksi Anda?






