Fatwa sesat : Menang dia menang Islam , kalah dia kalah Islam ?
Melihat kepada senario politik hari ini ramai dikalangan masyarakat Melayu Islam gagal memahami Islam sebagai agama. Menyamakan parti politik dengan agama Islam jelas memperlihatkan kekeliruan dalam menentukan apakah parti politik dan apakah pula agama Islam. Kedudukan agama Islam adalah jauh lebih tinggi dari mana mana parti politik yang mempergunakan Islam sebagai nama parti.
Apa yang perlu difahami Islam adalah agama yang di wahyukan oleh Allah s.w.t jauh lebih unggul yang tiada cela berbanding mana mana organisasi politik yang ditubuhkan oleh manusia. Malahan parti politik yang mendakwa kononnya parti Islam akan cenderung kepada kesilapan dan kekurangan tetapi apakah kita harus menerima kekurangan itu akan kekurangan yang ada dalam agama Islam?
Lebih malang lagi menyesatkan Melayu Islam di negara ini apabila ada dikalangan parti politik yang menggunakan nama Islam mendakwa kononnya kemenangan parti mereka dalam pilihanraya bermakna ianya adalah kemenangan Islam manakala kekalahan parti mereka disamakan dengan kekalahan Islam. Masyarakat pula seharusnya semakin celik dan bijak menilai bahawa parti politik bukanlah agama, dan tidaklah menjejaskan pegangan agama sekiranya mereka tidak bersama-sama dengan sesebuah parti yang membawa nama agama.
Di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) jelas sekali memperkudakan agama Islam bagi mencapai cita cita politik dan terlalu banyak kekurangan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin PAS mencemarkan imej agama Islam. Keindahan Islam melalui dakwah melalui perwatakan dan tutur kata yang baik sebagaimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam yang sebenar bertukar menjadi maki hamun dan fitnah yang dijaja oleh parti PAS . Jutaan ringgit terpaksa di bayar oleh pemimpin PAS akibat kalah dalam perbicaraan saman fitnah di mahkamah.
Tidak cukup dengan itu PAS juga telah di dapati mengamalkan rasuah ketika pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya di Kuala Terengganu dan Kemaman. Ketika PAS menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan selama 33 bulan dengan & menteri termasuk Menteri Agama , cabutan khas loteri dari 8 kali dinaikkan menjadi 22 kali setahun. Malahan senyap seribu bahasa lena dibuai kuasa tidak kedenganran lagi tentang Hukum Hudud mahupun RUU 355.
Ada banyak lagi kesilapan dan kekurangan Parti PAS sebagai sebuah parti politik dan apakah dengan kesilapan dan kekurangan itu juga adalah kekurangan dan kesilapan agama Islam? Apakah kemenangan PAS adalah kemenangan Islam dan kekalahan PAS adalah kekalahan Islam? Apakah parti politik yang menjadi musuh politik PAS akan dianggap musuh Islam ?
Tanpa PAS sekalipun di bumi Malaysia Islam sudah lama bertapak dan syiarnya yang sentiasa berkembang semenjak dahulu lagi. Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) terjamin kedudukannya di negara ini.
Umno tidak mempergunakan agama untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, sebaliknya Umno menggunakan kuasa politik yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah.
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











