Gencatan senjata baru diumum, kilang penapisan minyak di Iran diserang

Oleh : BARD
April 9, 2026 - 09:00 MYT
Gencatan senjata baru diumum, kilang penapisan minyak di Iran diserang

Syarikat Penapisan dan Pengedaran Minyak Nasional Iran mengesahkan sebuah kilang penapisan minyak di Pulau Lavan menjadi sasaran yang disifatkan sebagai 'serangan musuh'.

Menurut laporan agensi berita Kementerian Minyak Iran, Shana, insiden itu berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan.

Walaupun kilang tersebut terbakar akibat serangan berkenaan, tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan.

Pasukan keselamatan dan bomba sedang giat berusaha mengawal kebakaran serta memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Nadav Shoshani menafikan sebarang kaitan rejim itu dengan insiden berkenaan apabila ditanya mengenai kemungkinan penglibatan dalam serangan tersebut.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan mengumumkan penangguhan serangan ketenteraan terhadap Iran selama dua minggu.

Katanya, keputusan itu dicapai susulan perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif termasuk Panglima Tentera negara itu, Asim Munir yang memohon agar tindakan ketenteraan ditangguhkan. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow