Harimau Malaya sah terlepas khidmat tujuh pemain warisan

Oleh : BARD
Oktober 4, 2025 - 09:00 MYT
Harimau Malaya sah terlepas khidmat tujuh pemain warisan

Harimau Malaya sah terlepas khidmat tujuh pemain warisan ekoran hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F menentang Laos bulan ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jumaat mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat kendalian Peter Cklamovski bermula Isnin ini.

Bagaimanapun, panggilan itu tidak menyenaraikan tujuh tonggak warisan iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca yang kini digantung daripada beraksi di pentas antarabangsa.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM bersama tujuh pemain warisan tersebut dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung isu pemalsuan dokumen.

Ketiadaan mereka memaksa pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski merangka strategi baharu dengan memberi kepercayaan penuh kepada barisan pemain tempatan dan naturalisasi lain bagi memastikan skuad kebangsaan tetap kompetitif.

Harimau Malaya akan berdepan Laos di Vientiane pada 9 Oktober sebelum aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober 2025.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow