Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 ( Chini)
Menteri Besar, YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menjemput rakyat di Pahang untuk turut memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Chini, Pekan pada 2 Syawal ini.
Rumah terbuka itu akan diadakan di Dewan Dato' Shahbandar, Chini, Pekan bermula pada jam 9 pagi sehingga 2 petang.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, satu lagi majlis rumah terbuka akan diadakan pada 5 April 2025 di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis bermula jam 10.30 pagi.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan penuh rasa sukacita, YAB Menteri Besar Pahang menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 2 Syawal 1446 Hijrah
Masa : 9.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Dewan Dato' Shahbandar, Chini, Pekan.
Dan
Tarikh : 5 April 2025 (Sabtu)
Masa : Bermula 10.30 Pagi
Tempat : Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis
Semoga Aidilfitri kali ini memberikan kebahagiaan dan keceriaan untuk kita semua. Insya-Allah.
Apa Reaksi Anda?











