Jepun keluar amaran tsunami

Oleh : BARD
September 24, 2024 - 11:00 MYT
Jepun keluar amaran tsunami

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami, dengan ombak tsunami setinggi satu meter dijangka tiba di Kepulauan Izu dan Ogasawara sekitar 9 pagi waktu tempatan.

Amaran dikeluarkan bagi menggesa penduduk menjauhi kawasan pantai selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kepulauan Jepun pada pagi Selasa, lapor Xinhua.

Gempa bumi yang berlaku pada 8:14 pagi waktu tempatan itu berpusat berhampiran Kepulauan Torishima pada kedalaman 10 kilometer.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow