Jumpa Pemimpin Kait LTTE, Inilah Politik Lidah Bercabang PAS Yang Jijik

Oleh : BARD
Ogos 1, 2025 - 15:00 MYT
Jumpa Pemimpin Kait LTTE, Inilah Politik Lidah Bercabang PAS Yang Jijik

Semalam Facebook rasmi Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah memuat naik pertemuan beliau dengan YBrs. Dr P. Ramasamy pemimpin yang pernah dikaitkan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang menyokong aktiviti pengganas.

PAS cuba mempamerkan wajah "moderate" dan terbuka, tetapi jika dilihat secara kritikal ia sarat dengan hipokrasi dan retorik kosong yang sudah basi.

Inilah wajah sebenar PAS, menuduh UMNO berkawan dengan musuh Islam, menjual maruah Melayu-Islam apabila UMNO bersama-sama dalam kerajaan perpaduan terdapat parti DAP.

Tetapi semalam apa yang mereka lakukan? Mereka duduk semeja, berbincang, bergambar dan bemesra dengan pemimpin-pemimpin yang pernah mereka kecam sebelum ini. Inilah politik lidah bercabang PAS yang jijik.

Sudah lupakah PAS, YBrs. Dr P. Ramasamy  pernah mengeluarkan kenyataan menghina pendakwah Islam terkenal Dr Zakir Naik? Mempertikai institusi raja-raja Melayu, dan pernah dikaitkan dengan aktiviti yang menimbulkan kegusaran keselamatan negara.

Inilah pemimpin anti-Islam dan anti-Melayu yang PAS ingin bawa berbincang? Jika UMNO yang melakukan pertemuan bersama Dr Ramasamy dan delegasinya, sumpah-saranah, maki dan gelaran yang buruk pasti UMNO akan diberikan. Tetapi bila mereka sendiri, kononnya hendak memeberi kefahaman mengenai keindahan Islam.Inilah parti yang penuh dengan hipokrasi yang ada dalam negara ini.

Inilah topeng PAS sebenarnya, demi kuasa dan jawatan, PAS akan peluk sapa sahaja asalkan boleh bantu mereka kekal relevan. Dulu Presiden PAS Tan Sri Hj Hadi Awang pernah berpeluk dengan Lim Kit Siang, hari ini Tuan Ibrahim Tuan Man pula akan berpeluk dengan Dr P.Ramasamy pemimpin anti-Islam dan anti Melayu yang terkait dengan LTTE.

Ternyata PAS berubah mengikut angin Pilihan Raya, bukannya prinsip!

PAS penunggang agama!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow