Katak-katak politik,melompat asal dapat
Di dalam sistem demokrasi yang dipraktikkan di negara ini , rakyat diberi peluang untuk memilih pemimpin bagi memandu kehidupan yang akan menjamin kesejahteraan rakyat, negeri mahupun negara. Cuma ketika ini kita seolah olah kembali ke zaman edan di mana mereka yang khianat diangkat dan dijulang sebagai pemimpin. Peliknya , naluri manusia lebih percaya kepada persepsi dan menolak kebenaran. Lambakan maklumat yang berlegar di media sosial seharusnya dinilai dengan akal bukannya hanya berkisar soal mencuba sesuatu yang baru kononnya akan mengubah keadaan menjadi lebih baik malahan sebaliknya terjadi.
Memiih pemimpin yang khianat adalah satu kesilapan yang perlu dielakkan oleh rakyat. Mereka yang khianat kepada kepercayaan yang diberikan tidak layak diangkat untuk duduk di gapura kuasa. Lihat sahaja Parti BERSATU yang baru setahun jagung dalam politik tetapi berjaya memenangi hati rakyat dengan tipu helah yang sudah sebati dengan jiwa mereka kerana akhirnya mereka yang tidak jujur dan khianat kepada kepercayaan akan ditimpa musibah. Buktinya kerajaan pimpinan presiden BERSATU hanya bertahan 17 bulan.
Tindakan enam orang Ahli Parlimen BERSATU dan seorang ADUN Selangor yang menukar sokongan kepada PMX dan Kerajaan Perpaduan menunjukkan kualiti yang ada dikalangan pemimpin BERSATU. Kebanyakan pemimpin samada Ahli Parlimen dan ADUN dari parti BERSATU adalah mereka yang berasal dari UMNO dan berpaling tadah demi kepentingan politik dan peribadi. Mereka tidak kisah menjadi katak politik asalkan kepentingan peribadi tercapai.
Parti BERSATU makin goyang dan merasa terancam apabila enam orang Ahli Parlimen dari BERSATU dan seorang ADUN Selangor mengistiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Maka kepimpinan BERSATU telah mengarahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN dari parti BERSATU untuk menandatangani satu surat untuk akur kepada arahan parti dan keengganan mereka berbuat demikian akan menyebabkan kerusi yang mereka sandang dikosongkan.
Di Pahang , tiga orang ahli BERSATU turut sama menandatangani surat menerima arahan parti untuk tidak menyokong pihak lawan antaranya Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifudin Abdullah , ADUN Kuala Sentul Jasri Jamaludin dan ADUN Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus. Kesemua mereka adalah pengkhianat kepada parti UMNO yang telah meletakkan kepercayaan kepada mereka suatu ketika dahulu dan mereka memegang jawatan penting dalam UMNO hanya sebagai batu loncatan.
Di kalangan mereka Saifudin Abdullah adalah Raja Katak yang paling licik setelah mengambil tahta Raja Katak dari Ibrahim Ali. Bermula ditatang oleh UMNO sebagai calon BN di Parlimen Temerloh beberapa penggal sehingga menjawat jawatan Timbalan Menteri pengajian Tinggi . Setelah tewas pada PRU 13, beliau melompat menyertai PKR pada PRU 2018 dan dilantik sebagai Menteri Luar . Tidak terhenti setakat itu sahaja beliau sekali lagi melompat menyertai PN pada tahun 2022 sehingga sekarang.
Begitu juga Jasri Jamaludin ADUN Kuala Sentul yang memulakan karier politik dalam UMNO tetapi apabila kalah dalam dua kali pemilihan parti UMNO Bahagian Maran terus beralih arah menyertai BERSATU dan menjadi calon PN pada PRU ke 15.Sejarah beliau tidak jauh bezanya dengan perjalanan karier politik Mohd Yazid Mohd Yunos yang menjadi calon BERSATu pada PRU 15 di DUN Lepar. Kemenangan mereka adalah kerana sifat khianat kepada kepercayaan yang telah diberikan oleh parti UMNO yang mengutip mereka dari bukan sesiapa tetapi akhirnya mengambil kesempatan untuk melonjakkan diri sendiri demi kepentingan peribadi.
Apakah sumbangan mereka terhadap kawasan yang mereka menangi di Parlimen Indera Mahkota, DUN Kuala Sentul dan DUN Lepar. Sebagai pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pahang mereka hanya mengambil gaji bulanan tetapi gagal mememnuhi keperluan dan kebajikan rakyat yang memerlukan di kawasan mereka.
Setakat menandatangani surat arahan dari parti supaya akur dengan kehendak parti BERSATU untuk tidak menyokong atau melanggar arahan parti sebenarnya bukanlah sempadan berduri yang takut langgar oleh mereka. Sifat katak melompat dan terus melompat ..asalkan dapat. Setakat Arahan Bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Arahan MPT Bersatu) untuk ditandatangani apalah sangat untuk dikhianati. "Sedey" je kata orang Pahang.
Begitulah..
Anak Cili
Pedas Berapi
Apa Reaksi Anda?











