Kisah penyamun dan penyangak :PAS sedia bertanding di 6 Parlimen berpaling tadah.
Apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan bahawa PAS sedia bertanding di enam kerusi Parlimen dan 1 kerusi milik Parti BERSATU yang berpaling tadah menyokong Anwar Ibrahim, teringat akan kata kata P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul .
"Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu penyangak. Dah kena dah penyamun jual si penyangak. Apa salahnya".
Rakyat yang bijak tentu akan melihat watak P.Ramlee yang mempotretkan siapakah mereka yang ada sifat sifat manusia yang khianat dan tamak agar tidak akan menyesal dikemuadian hari kerana telah menyedari akan kebobrokan tetapi masih jua “waala”. Kesetian membabi buta hanya akan mendatangkan musibah kerana kerugian yang lebih memudaratkan.
Ibarat kubur masih merah , PAS sudah ada calon yang sesuai dan ingin meletakkan calon PAS bagi menggantikan Ahli Parlimen Kuala Kangsar , Labuan , Jeli, Bukit Gantang, Gua Musang dan Tanjong Karang serta DUN Selat Kelang. Tiada angin masakan pokok bergoyang kerana PAS percaya BERSATU adalah parti yang terpaksa tunduk kepada PAS yang merupakan abang besar dalam Perikatan Nasional.
Parti BERSATU dilihat oleh PAS hanya menumpang kasih kekuatan parti PAS yang mempunyai pengaruh di akar umbi di samping kekuatan jentera pilihanraya berbanding parti BERSATU. PAS sudah mula menunjukkan taringnya kerana menyedari parti BERSATU yang hanya ada gigi susu yang untuk kelangsungan mereka dalam pentas politik.
Kekalahan calon BERSATU dalam PRK Kuala Kubu baru baru ini, seolah olah telah dirancang rapi oleh PAS bagi menunjukkan bahawa parti BERSATU tidak mempunyai kekuatan untuk memanangi mana mana PRK.Kehadiran jentera PAS di PRK Kuala Kubu hanya melepaskan batuk di tangga.
Enam kawasan Parlimen yang diwakili oleh BERSATU dan satu di DUN Selangor masih belum kosong kerana ianya bergantung pengistiharan pengosongan oleh Speaker Dewan tetapi PAS sudah menyinsing lengan memberikan isyarat bahawa mereka lebih lebih layak berbanding calon parti BERSATU. Ianya isyarat kedua kepada BERSATU selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan bahawa Muhyidin Yasin bukan calon Perdana Menteri bagi PN dan tiada konsesus dibuat dalam Perikatan Nasional berkaitan calon PM masa akan datang.
PAS tidak akan membazirkan tenaga dan air liur mengerah jentera pilihanraya untuk berkempen memenangkan calon dari BERSATU lagi , jika mereka boleh memperkudakan agama untuk kepentingan politik apalah sangat untuk memperkudakan BERSATU. Maklumlah PAS demi kuasa memang memiliki nafsu kuda..
P/S : BERSATU ambil masa yang lama samada nak pecat atau tidak, baru nak pinda undang undang parti dan hantar surat kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN BERSATU yang sokong PMX akan gugur secara automatik kerana pening bagaimana nak mempertahankan 6 kerusi parlimen dan 1 kerusi DUN. Nak "sedekah" macam mana PRU dulu , SPRM tengah intai. PAS apa lagi ambil kesempatan lah. Biasalah bila penyangak bergabung dengan penyamun . Kes di Kuala Terengganu dan Kemaman dan buktikan PAS memang kaki rasuah manakala deretan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan pemimpin BERSATU dan PAS membuktikan mereka memang layak di panggil Penyamun dan Penyangak.
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











