Kekalahan bermakna pekebun haram durian Musang King

Oleh : ANAK CILI
April 25, 2024 - 16:53 MYT
Kekalahan bermakna pekebun haram durian Musang King

Penantian sekian lama bagi penyelesaian isu membabitkan pekebun haram durian Musang King akhirnya sudah hampir sampai ke penghujung. Disebalik keributan dan hingar bingar diperkatakan bukan sahaja oleh rakyat di negeri Pahang malahan menarik perhatian seluruh rakyatdi negara ini. Stigma masyarakat terhadap Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani pencerobohan tanah banyak dipengaruhi oleh mereka yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan politik tanpa melihat kepada jalan penyelesaian .

Akhirnya mahkamah menjadi kuasa penentu keabsahan segala tindakan Kerajaan Negeri Pahang adalah bersandarkan kuasa yang ada diberikan yang berlandaskan undang undang. Ternyata , Kerajaan Negeri Pahang mendapat kemenangan bermakna setelah mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan menolah permohonan 204 pekebun haram Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Sila lihat link

https://pahangmedia.my/kerajaan-pahang-berjaya-ketepi-semakan-kehakiman-pekebun-haram-musang-king/

https://www.malaysiakini.com/news/703494#google_vignette

https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/mahkamah-tolak-permohonan-pekebun-musang-king-raub-ketepi-notis-pengosongan/

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tolak-permohonan-186-pekebun-durian-musang-king-467744

Sejak mula tindakan yang diambil Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani pencerobohan pekebun haram durian Musang King di Raub terpaksa berhadapan dengan kritikan masyarakat . Apatah lagi apabila isu ini berlanjutan hingga kepada proses undang undang di mahkamah yang tidak membenarkan Kerajaan Negeri menjawab tohmahan dan kritikan di bahaskan secara terbuka, pihak berkepentingan menjadikan isu ini sebagai senjata mencipta persepsi negatif terhadap Kerajaan Negeri Pahang.

Terdapat kecenderungan segelinitr masyarakat yang memainkan sentimen perkauman mengaitkan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Barisan Nasional yang berada dalam Kerajaan Perpaduan tunduk kepada desakan pekebun haram durian Musang King yang dimana Ahli Parlimen Raub dari DAP Chow Yu Hui sentiasa di belakang mereka.

Ternyata , undang undang telah ditegakkan tanpa mengira latar belakang kedudukan apabila mahkamah memutuskan tuntutan semakan kehakiman terhadap pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang telah ditolak.

Beberapa NGO yang kononnya mewakili kepentingan Melayu Islam dan bertindak  pembela kepada nasib orang Melayu dipergunakan demi kepentingan individu dan politik. Mereka yang berselindung di sebalik NGO tetapi bertanding atas tiket parti politik pada PRU ke 15 yang lalu tetapi tewas walaupun dengan harapan isu pekebun haram durian Musang King akan membangkitkan sentimen kebencian rakyat khususnya orang Melayu Islam yang di dakwa oleh mereka Kerajaan Negeri ditunjangi Barisan Nasional Pahang tunduk kepada desakan pekebun haram durian Musang King dengan membakar sentimen perkauman.

Amat menyedihkan , walaupun tuah kerbau gemuk, tuah lumbung berisi, tuah manusia bermuafakat tetapi itu tidak berlaku dalam isu durian pekebun haram Musang King di Raub Pahang. Kenapa tidak bagi masyarakat untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri Pahang membendung penerokaan kebun haram durian Musang King melalui tindakan preventif dan penguatkuasaan undang undang samada pengosongan tanah yang diceroboh atau menebang pokok durian Musang King di taah yang diceroboh.

Sebaliknya Kerajaan Negeri Pahang di lontarkan dengan kata kata sinis “mengapa baru sekarang tindakan diambil setelah puluhan tahun diceroboh?”. Apakah kerana sudah lama diceroboh maka tindakan tidak boleh diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap mereka yang menceroboh? Kenapa kita harus terus bernostalgia dengan mengingati perkara yang telah lama berlalu tetapi tidak memandang kehadapan untuk penyelesaian kepada masalah lalu?

Kerajaan Negeri Pahang pimpinan YAB Dato’Sri Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah aktiviti penerokaan tanah secara haram. Jika tiada tindakan tegas dengan penguatkuasaan undang undang maka Kerajaan Negeri akan kehilangan hasil akibat ketirisan yang berlaku yang mana ini akhirnya akan merugikan rakyat negeri Pahang.

Selain itu, YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail serius dalam usaha pemuliharaan alam sekitar kerana aktiviti pekebun haram Musang King ini dkaitkan dengan penebangan Hutan Simpan Negeri jika tidak dikawal akan memusnahkan ekosistem hutan. Masalah tanah runtuh, aliran air puing yang mengakibatkan banjir serta gangguan kepada punca air bersih adalah rantaian kesan daripada penerokaan tanah secara haram.

Jika tidak mampu menjadi garam , jangan jadi langau. Usaha yang baik oleh Kerajaan Negeri Pahang wajar di berikan sokongan oleh segenap lapisan masyarakat dan bukannya memilih untuk bersama mereka yang hanya tahu melontarkan pandangan serta persepsi negatif . Akal membezakan siapakah manusia yang berakal dan sebaliknya.

Kata pepatah orang tua tua “Lebih manusia kerana akal, lebih burung kerana sayap. 

Pekebun haram durian Musang King pula jangan menjadi seperti burung pipit hendak menelan jagung, telah tak lepas , mati tersangkut.

Pedas Berapi
Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow