SPRM Cekup Anak MB PAS Perlis

Oleh : ANAK CILI
April 24, 2024 - 21:00 MYT
SPRM Cekup Anak MB PAS Perlis
Anak Menteri Besar PAS Perlis Mohd Shukri Ramli di tahan oleh SPRM bersama Anak pemimpin PAS itu ditahan bersama enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis

Baru tidak sampai dua tahun PAS memerintah, wajah sebenar yang berselindung di sebalik kopiah dan jubah terlondeh satu persatu. Perwatakan yang warak dan pemakaian yang menonjolkan kononnya imej Islam hanyalah topeng bagi mengaburi pemikiran rakyat. Terkini anak kepada Menteri Besar Perlis pimpinan PAS telah di tangkap oleh SPRM bagi tujuan siasatan penyelewengan yang dianggarkan berjumlah RM 600,000.

Anak Menteri Besar PAS Perlis Mohd Shukri Ramli di tahan oleh SPRM bersama Anak pemimpin PAS itu ditahan bersama enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis. Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan. Ia melibatkan kerja-kerja baik-pulih, penyelenggaraan serta perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Belum pun sejuk kisah tuduhan rasuah membabitkan Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Mohamad Hilmi Abdul Wahab, telah didakwa di Mahkamah Sesyen,terhadap dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 membabitkan unsur nadir bumi. 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1179105/isu-perlombonan-ree-bekas-setiausaha-politik-mb-kedah-didakwa-rasuah

Begitu juga Muhamad Sobri Osman, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen  atas pertuduhan meminta rasuah RM4 juta membabitkan kegiatan perlombongan unsur nadir bumi (REE) pada Mei lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1179140/bekas-ceo-mbi-kedah-didakwa-minta-rasuah-rm4-juta-untuk-perlombongan

Apakah PAS masih lagi mempertahankan kepimpinan mereka yang kononnya di dakwa bersih dari segalabentuk penyelewengan dan rasuah hanya kerana berada dalam parti PAS?

PAS jangan bicara rumput di laman orang, jika di laman sendiri rumput sampai ke  kaki tangga.

PEDAS BERAPI

ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow