Senarai kegagalan Kerajaan PAS Terengganu
Tidak mudah untuk mendedahkan kepincangan Kerajaan PAS Terengganu kerana akhirnya jawapan terpaling bodoh yang akan diberikan oleh ahli kelab walaun “salam 32-0” bagi kerusi DUN atau “salam 8-0” bagi Parlimen. Di kalangan pentaksub, mereka akan menolak apa sahaja kebenaran dan tidak sama sekali dapat berfikiran secara waras dan berpijak di bumi yang nyata. Apatah lagi jika kebenaran itu datang melayang tepat ke muka mereka dari pihak yang mereka musuhi, nescaya tiada istilah “tabayun” resepi Arab yang menjadi hidangan PAS demi kelangsungan politik
Imam Ibn Taimiyyah yang menegaskan:
الْحَقّ يُقْبَلُ مِنْ كُلِّ مَنْ تَكَلَّمَ بِهِ
Maksudnya: Kebenaran itu diterima daripada siapa jua yang mengucapkannya
Kebenaran yang nyata, PAS sebenarnya tidak mampu membuktikan bahawa mereka mampu untuk mentadbir melihat kepada prestasi Kerajaan PAS Terengganu. MB Ahmad Shamsuri Mokhtar yang cuba di potretkan sebagai bakal Perdana Menteri dari Perikatan Nasional sebenarnya hanyalah mural yang hanya mencacatkan landskap politik yang berselimutkan kononnya dari parti yang membawa ajaran Islam.
Pemilihan beliau digambarkan bakal PM akan datang hanyalah untuk meredakan ketidakpuasn hati penyokong PAS apabila Muhyidin Yasin dari Bersatu yang perlu sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri sedangkan PAS mempunyai kerusi Parlimen yang lebih banyak dari Bersatu selaku rakan gabungan politik pada PRU ke 15.
Tambahan pula PAS mahu Menteri Besar Terengganu Ahmad Shamsuri Mokhtar mewakili golongan profesional yang akan dilihat disenangi oleh bukan Melayu berbanding Hadi Awang mewakili golongan ulama (pandangan walaun) yang mempunyai fikiran yang tidak terbuka dan jumud.
Tidak Cekap Tadbir Negeri
Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Ahmad Shamsuri Moktar gagal menjana ekonomi negeri dan semata mata bergantung kepada wang royalti Petronas dari Kerajaan Persektuan. Pada tahun 2023 anggaran hasil Kerajaan PAS Trengganu RM 1.991 billion manakala anggaran hasil RM 1.81 billion. Belanjawan defisit ini menunjukkan 80 peratus belanjawan ini adalah dari sumbangan royalti petroleum. Bayangkan apa akan terjadi jika Negeri Terengganu pimpinan PAS ini menguruskan negeri tanpa wang royalti petroleum jika hanya mampu bergantung kepada hasil cukai RM 65.17 juta dan hasil bukan cukai sebanyak RM 135.59 juta.
Apakah Kerajaan PAS Terengganu mampu membayar gaji penjawat awam berjumlah RM 271.65 juta jika hasil hanya RM 200.7 juta? Kerajaan Persekutuan telah melunaskan pemberian wang ihsan berdasarkan hasil petroleum 2023, iaitu sebanyak RM786 juta berbeza dengan anggaran yang dibuat oleh Terengganu berjumlah RM 1.6 billion hasil bukan cukai termasuk dana khas Persekutuan hasil petrolem. Pemberian Persekutuan kepada Terengganu (selain wang ihsan) pada 2023 adalah berjumlah RM 413.64 juta.
Bayangkan apa akan jadi jika tanpa Geran Persekutuan dan wang ehsan royalti? Mampukah Kerajaan PAS membayar gaji penjawat awam dengan hasil yang dijana negeri dalam lingkungan 20 peratus pendapatan negeri Terengganu? Dimana hebatnya MB Terengganu dari PAS Ahamd Syamsuri Mokhtar? Rakyat Malaysia tidak mampu berdepan dengan risiko jika inilah calon Perdana Menteri Malaysia, biarlah hanya rakyat di negeri Terengganu yang merasai kesan ketidakupayaan Kerajaan PAS Terengganu mentadbir.
Royalti Petroleum kepada Terengganu Bukan Hak Sah di sisi Undang Undang
Istilah royalti petroleum yang digunakan oleh pihak pembangkang hanyalah satu propaganda politik untuk menunjukkan bahawa ada keabsahan yang atas tuntutan. Walhal yang buta kayu dan buta warna tidak mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuan tidak perlu membayar wang royalti petroleum 5 peratus sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika.
Perjanjian Pembayaran Wang Tunai yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan Kelantan dan Terengganu memperuntukkan dua negeri itu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak lima peratus untuk petroleum yang didapati dan diperolehi dalam jarak tiga batu nautika dari garis air surut. Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar tiga batu nautika dari garis air surut wilayah Kelantan dan Terengganu.
Maka sebab itu ianya di namakan wang ehsan dan bukannya royalti, ianya bergantung kepada budibicara Kerajaan Persekutuan mengenai jumlah dan bagaimana ianya disalurkan kepada rakyat negeri Terengganu.
https://www.malaysiakini.com/news/656262
Kemana Wang Ehsan Petroleum dibelanjakan?
Perbelanjaan Wang Ehsan Petrolem oleh Kerajaan Negeri Terengganu memang mencurigakan. Wajarlah wujud kesangsian apabila Makamah Pilihanraya telah membatalkan kemenangan calon pilihanraya PN di Kuala Terengganu dan Kemaman kerana wujudnya unsur merasuah pengundi ketika kempen pilihanraya pada PRU ke 15 melalui i-Belia dan i-siswa di agihkan dalam majlis kerajaan yang jelas satu bentuk rasuah kepada pengundi muda di Terengganu.
Video seorang AJK PAS Marang yang tular di media sosial meminta pengundi menyokong PAS selepas mengambil wang “sedekah” dan orang ramai bersesak sesak mengambil wang selepas rumah calon PAS juga mengundang persepsi bahawa sejumlah wang yang banyak digunakan untuk membeli undi demi kelangsungan politik parti yang kononnya mengaku membawa perjuangan Islam.
KDNK ke 5 tercorot di Malaysia
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu pada kadar 5.9 peratus tahun 2022 sebenarnya menduduki tangga kelima tercorot berbanding negeri-negeri lain. KDNK Pulau Pinang menduduki tangga teratas pada 2022 dengan kadar 13.1 peratus diikuti Selangor (11.9 peratus), Pahang (10.8 peratus), Kuala Lumpur (9.2 peratus), Melaka (8.6 peratus), Johor (8.2 peratus), Kedah (7.2 peratus) dan Sarawak (6.5 peratus).
Empat negeri mencapai KDNK lebih tinggi dari KDNK negara 8.7 peratus Pulau Pinang (13.1 peratus), Selangor (11.9 peratus), Pahang (10.8 peratus) dan Kuala Lumpur (9.2 peratus) . Janganlah hairan jika ramai dari kalangan rakyat di Terengganu yang berhijrah ke negeri negeri lain untuk mencari peluang kehidupan yang lebih baik memandangkan Kerajaan PAS Negeri Terengganu gagal merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.
Laksana hudud sebelum ayam berkokok
Hukum hudud sudah tidak lagi kedengaran setelah puluhan tahun menjadi senjata PAS meraih sokongan pengundi terutama di negeri yang mempuyai pengundi majoriti Melayu Islam. Tidak akan terpadam dalam sejarah kata kata Hadi Awang yang pernah menjanjikan melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja dapat membentuk Kerajaan Negeri sebelum ayam berkokok PAS akan melaksanakan hukum hudud,
Selepas mengambil alih Terengganu pada tahun 1999-2004, Hadi Awang di lantik sebagai Menteri Besar Terengganu namun masih gagal melaksanakan hukum hudud dengan pelbagai dalil dan alasan baru dicipta bagi menutup kelemahan dan sifat munafik mereka. Nada PAS juga berbeza ,sekali air bah sekali pantai berubah.
Bagi menumbangkan BN, PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dan sanggup mengorbankan hukum hudud semata mata untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu. Alasan serta dalil baru bercambah menghalalkan cara.
Antara lain Hadi Awang berkata sebagai “hukum hudud tak boleh dilaksanakan sehingga masalah kemiskinan di atasi serta tidak boleh dilaksanakan selagi gaji minimum tdak dilaksanakan.
Terlalu banyak kegagalan PAS untuk disenaraikan ianya merangkumi soal pembangunan ekonomi, sosial dan politik. Ketaksuban yang melampau menyebabkan ramai di kalangan rakyat yang mudah terpengaruh dengan dakyah PAS sebagai penunggang agama nombor wahid tidak dapat berfikir secara waras.
Tindakan seorang ADUN PAS Kuala Semantan yang mengajak rakayat membezakan antara MB Pahang vs MB Terengganu vs MB Kedah hanya lah propaganda politik mencipta persepsi. Jika di lihat prestasi Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang jauh mengatasi kedua dua Menteri Besar PAS dari Terengganu dan Kedah.
Pahang mampu menjana ekonomi dengan dengan pencapain kutipan hasil 2023 sebanyak RM 1.164 billion tahun kedua melepasi RM1 billion, tersenarai sebagai negeri keempat terbaik di Malaysia mencatatkan KDNK Pahang (10.8 peratus) melepasi 8.7 peratus KDNK negara selepas P. Pinang, Selagor dan Kuala Lumpur pada tahun 2022.
Pahang tidak seperti negeri Terengganu yang terpaksa bergantung harap kepada wang ehsan royalti petroleum dari Kerajaan Pusat dan mampu berdikari. Jika ada yang berkira kira mahu meletakkan pemimpin PAS sebagai Perdana Menteri Malaysia seperti Ahmad Shamsuri Mokhtar MB Terengganu…lupakanlah.. hancur negara.
PEDAS BERAPI
ANAK CILI
Apa Reaksi Anda?











