Kepimpinan MB Pahang Dipuji YB Amanah

Oleh : BARD
September 12, 2026 - 13:24 MYT
Kepimpinan MB Pahang Dipuji YB Amanah

Menerusi hantaran di Facebook, YB Tuan Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada Parti Amanah Negara (Amanah) memuji kepimpinan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya mempunyai ketokohan, disiplin dan adab yang tinggi.

Antaranya ialah Tok Wan Pahang, seorang Naib Presiden UMNO dan juga seorang Menteri Besar yang pada pandangan saya memiliki kepimpinan yang tersendiri.khususnya kerana keperibadian, kepimpinan dan komitmennya ketika memegang amanah dalam politik.

Menurut beliau, Tok Wan bukan sahaja mempunyai latar didikan agama yang baik, malah dikenali dengan tutur kata yang sopan dan tidak gemar menggunakan bahasa kasar atau menghina pihak lain ketika berbeza pandangan.

Lebih menarik, sikap tersebut dikatakan telah terserlah sejak zaman beliau memimpin pergerakan pemuda. Beliau dikenang sebagai pemimpin yang kuat bekerja, bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab serta menghormati pemimpin atasan walaupun berbeza pendirian politik.

Dalam masa yang sama, pandangan akar umbi turut dihargai. Perbezaan pendapat tidak dijadikan alasan untuk memperlekeh atau memalukan pihak lain. Sebaliknya, pendekatan yang lebih berhemah dan beradab menjadi pilihan.

Ciri kepimpinan seperti inilah yang wajar diberi perhatian. Seorang pemimpin boleh tegas, kuat bekerja dan mempunyai prinsip, tetapi pada masa yang sama tetap mampu menjaga adab, menghormati lawan serta tidak menjadikan pentas politik sebagai ruang untuk menghina orang lain.

“Bagi saya, sosok beginilah kalau dia jadi PM kita tak ralat sangat. Kuat kerja macam Perdana Menteri sekarang,” katanya.

Pujian daripada seorang pemimpin yang berbeza parti politik ini juga memberi satu gambaran penting: dalam politik, perbezaan ideologi tidak semestinya menghapuskan rasa hormat terhadap peribadi dan kepimpinan seseorang.

Tidak hairanlah tokoh berkenaan sering dikaitkan dengan reputasi sebagai antara Menteri Besar yang mempunyai rekod kepimpinan yang baik di Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow