Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran Samakan Pemimpin Wanita Itu Dengan Betina Dan Lembu?

Oleh : BARD
Ogos 4, 2025 - 16:38 MYT
Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran Samakan Pemimpin Wanita Itu Dengan Betina Dan Lembu?

Kenyataan biadab Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran, Muhammad Salman Al Farisi yang menyamakan wanita sebagai “lembu” kerana menjadi pemimpin adalah satu penghinaan yang menjijikkan, mencerminkan pemikiran longkang, dan sangat memalukan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

“Kita kalau boleh kehidupan kita ini jangan mengikut sifir lembu, di mana kita melantik betina sebagai ketua. Sepatutnya lelakilah kena diangkat sebagai ketua.” – Muhammad Salman.

Jelas  kenyataan beliau amat kurang ajar, berfikiran kolot dan sempit. 

Sejak zaman Rasulullah SAW, wanita memainkan peranan penting dalam ilmu, kepimpinan dan kemasyarakatan. Saidatina Aisyah RA menjadi rujukan utama ilmu dan hadis. Ratu Balqis disebut dalam al-Quran sebagai pemimpin yang bijak. Islam tak pernah merendahkan wanita, hanya PAS yang nampaknya gagal memahami semangat itu.


Adakah Ketua Hakim Negara, Gabenor Bank Negara, Menteri, CEO, ahli parlimen wanita semuanya "lembu"? Atau sebenarnya hanya pemimpin PAS yang berotak beku tak mampu terima hakikat wanita lebih layak dari mereka?

Mari kita tengok senarai “lembu-lembu” menurut logik Pemuda PAS Maran:
Ahli Parlimen PAS: 


1. Mumtaz Md. Nawi (Tumpat)
2. Siti Mastura Mohamad (Kepala Batas)
3. Salamiah Mohd Nor (Temerloh)

ADUN PAS Terengganu:
1. Zuraida Md Noor (Ladang)

Adakah ini semua wanita yang PAS sendiri angkat jadi pemimpin telah dianggap “betina dalam sifir lembu” oleh pemuda mereka sendiri?

Ini bukan kali pertama PAS mempamerkan wajah seksis dan jumud. Mereka bercakap atas nama Islam, tetapi kelakuan ini akan memberi gambaran negatif orang Islam suka mencerca, mengelar manusia lain dengan gelaran buruk.

Cukuplah menjual agama untuk kepentingan politik. Bila wanita dihina, Islam bukan yang mereka bela, tapi ego lelaki jumud yang mereka agungkan.


Ini bukan kali pertama pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan bodoh berbalut agama. Mereka lupa, menghina wanita adalah penghinaan terhadap separuh umat Islam. Bila wanita menjadi mangsa cercaan kerana jantina, itu bukan perjuangan Islam, itu adalah tanda rosaknya akhlak, tumpulnya ilmu, dan pemikiran.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow