"Geng Mat Mata" tumpas
KUANTAN - Seramai 5 orang berjaya ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan yang terlibat dengan kes kecurian kenderaan yang berlaku disekitar Kuantan.
Kesemua yang ditahan itu juga mempunyai rekod mencuri motosikal dan juga dadah.
Dengan tertangkapnya kumpulan yang yang di gelar Geng Mata Mata ini, Pihak Polis Daerah Kuantan kes kecurian motosikal, motokar serta van yang berlaku disekitar Kuantan selesai.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Bin Wan Busu juga turut menasihati agar masyarakat sekeliling lebih peka soal keselamatan harta benda lebih-lebih lagi motosikal yang banyak mendapat laporan kehilangan,penjenayah juga sentiasa mencari ruang dan peluang bila kita leka.
Dan orang ramai juga dinasihatkan melapor terus kepada pihak Polis jika terdapat sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan sekitar kawasan anda.
Kredit FB Polis Kuantan
Apa Reaksi Anda?











