Lemas demi pertaruhan RM28

Oleh : BARD
September 9, 2025 - 10:00 MYT
Lemas demi pertaruhan RM28

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Uttar Pradesh dilaporkan hilang pada tengah hari Rabu selepas dihanyutkan arus deras Sungai Yamuna ketika menyahut cabaran rakan-rakan untuk terjun hanya kerana pertaruhan 500 rupee (sekitar RM28).

Menurut laporan The Free Press Journal mangsa dikenali sebagai Junaid bersama rakan-rakannya di tebing sungai sebelum cabaran itu dibuat.

Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun ke dalam sungai yang ketika itu deras akibat hujan lebat.

Rakaman video insiden berkenaan menunjukkan Junaid bergelut beberapa saat melawan arus sebelum hilang dari pandangan.

Video tersebut turut tular selepas dimuat naik di aplikasi X pada 4 September lalu sekitar jam 12.23 pagi.

Pihak polis segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan pasukan penyelam serta Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF).

Namun, pelepasan air dari empangan berhampiran serta hujan berterusan menyebabkan paras Sungai Yamuna meningkat melebihi tahap bahaya sekali gus menyukarkan operasi mencari.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan Junaid ditemui.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow